Events Calendar

Download as iCal file
AXIS LEGEND & SSN TABUAN JAYA BUKTIKAN KEHEBATAN
Thursday 31 October 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1244
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DSC_07541.jpg

Pada 26 Oktober yang lalu, Pusat Sukan UNIMAS dengan kerjasama Perbadanan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan "UNIMAS Confest 2019 Relay Festival" bersempena dengan Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-23.

Program yang berlangsung di Stadium UNIMAS ini telah disertai oleh 11 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita yang menjadikan jumlah keseluruhan 16 pasukan yang bertanding.

Antara pasukan-pasukan lelaki yang bertanding pada kejohanan kali ini ialah A.O.B. ASAJAYA, UNIMAS A, UNIMAS B, PSYCHO, SSN TABUAN JAYA, GMH, UITM A, UITM B, AXIS LALALALA, AXIS X, dan AXIS LEGEND.

Manakala pasukan wanita pula terdiri daripada UNIMAS A, UNIMAS B, AXIS PETRAJAYA, SSN TABUAN JAYA, dan UITM.

Pasukan Axis Legend (Lelaki) dan SSN Tabuan Jaya (Wanita) membuktikan bahawa pasukan mereka tiada tandingan apabila menyapu bersih pingat emas bagi kesemua acara yang dipertandingkan bagi kategori masing-masing tanpa mampu disaingi oleh pasukan-pasukan lain.

Antara acara yang dipertandingkan ialah 4 x 100M, 4 X 200M, 4 X 400M, dan Relay Midley.

Majlis penyampaian hadiah dan penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sukan UNIMAS, Prof. Dr. Azhaili Bin Baharun.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang serta tahniah juga kepada semua pasukan yang telah menyertai kejohanan pada edisi kali ini. Diharapkan lebih banyak pasukan yang akan menyertai pada edisi-edisi yang akan datang.

 
Attachment(s):
 
 
Demo