Events Calendar

Download as iCal file
Pasukan UNTAN diangkat jadi ‘Raja Tasik Dragon Boat’ sempena UNIMAS International Regatta 2019
Monday 21 October 2019, 02:00pm - 05:00pm
Hits : 1803
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
regata7.JPG

regata1regata2

regata4regata5

regata7regata8

KOTA SAMARAHAN, 21 Oktober 2019 : Universiti Tanjung Pura (UNTAN), Indonesia membuktikan kehebatan mereka apabila berjaya meraih gelaran berganda ‘Raja Tasik Dragon Boat’ acara perahu naga peringkat akhir sempena UNIMAS International Regatta 2019 dengan menjuarai Kategori Perahu Naga Lelaki dan Kategori Perahu Naga Campuran.

UNIMAS International Regatta 2019 yang julung kali dianjurkan oleh Universiti ini yang bermula 19 hingga 20 Oktober 2019 lepas bertempat di Tasik UNIMAS menyaksikan penyertaan dari enam pasukan atau 150 peserta dari dalam dan luar negara.

Pengarah Pusat Sukan UNIMAS, Profesor Dr Azhaili bin Baharun merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana UNIMAS International Regatta 2019 berkata kejayaan penganjuran kejohanan ini menjadi titik permulaan untuk penganjuran berskala besar pada tahun depan. Beliau turut amat berharap agar lebih banyak Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia akan menyertai kejohanan ini nanti.

“ UNIMAS juga berhasrat meluaskan jemputan penyertaan universiti dari Singapura, Thailand, Filipina dan Australia,” kata beliau sambil menambah kejohanan tahun ini menyaksikan penyertaan pasukan dari negara jiran iaitu Universiti Tanjung Pura (UNTAN), Indonesia dan Universiti Brunei Darussalam (UBD), juga pasukan Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL), Universiti Teknologi MARA Sarawak (UiTM) dan Sarawak Sports Corporation (SSC).

Beliau turut berterima kasih kepada semua yang terlibat terutama pasukan yang menyertai, penaja, staf yang bertugas, pegawai teknikal jemputan dan sukarelawan di atas usaha dan bantuan bagi menjayakan acara tersebut.

Sementara itu, antara perlumbaan sengit disaksikan ialah semasa perlumbaan Kategori Perahu Naga Lelaki dan Perahu Naga Campuran di antara pasukan UNIMAS dan pasukan UNTAN. Pasukan UNTAN terus gah mengocak Tasik UNIMAS untuk menjuarai Kategori Perahu Naga Lelaki memecut ke garisan penamat. Bagi Kategori Perahu Naga Campuran pula yang sebelum ini dikuasai oleh pasukan UNIMAS di peringkat ujian masa, pada peringkat akhir pemenang terpaksa diputuskan melalui photo finish yang menyaksikan pasukan UNTAN mendahului mencecah garisan penamat beberapa saat di depan pasukan UNIMAS. Tempat ketiga bagi kedua-dua kategori perahu naga telah dimenangi oleh Universiti Brunei Darussalam (UBD). Turut mencuri tumpuan dalam acara perahu naga adalah pasukan UiTM. Walaupun menduduki tempat ke-4 dalam kedua-dua acara perahu naga, tetapi peningkatan prestasi dan semangat pantang mengalah menyaksikan pasukan UiTM tidak memberi laluan mudah kepada pasukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dalam perebutan tempat ke-3.

Dalam acara kayak, UNIMAS tetap berbangga apabila berjaya meraih 6 emas, 3 perak dan 1 gangsa daripada tujuh (7) acara kayak yang dipertandingkan. Kejohanan yang julung kali diadakan ini telah menarik penyertaan sebanyak empat (4) pasukan kategori perahu naga iaitu Universiti Tanjung Pura (UNTAN) Indonesia, Univsersiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Mara (UiTM Sarawak) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Manakala bagi acara kayak pula telah disertai oleh pasukan Universiti Tanjung Pura (UNTAN) Indonesia, Universiti Teknologi Mara (UiTM Sarawak), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) dan Sarawak Sports Corporation (SSC).

Jason Kho pegawai teknikal yang dijemput khas dari Singapura berkata, “UNIMAS amat bertuah memiliki tasik yang besar dan luas. Pelbagai aktiviti sukan air boleh diadakan sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sekiranya UNIMAS berhasrat untuk menganjurkan lagi perlumbaan ini pada tahun hadapan, pihak beliau akan membantu untuk mempromosikan kejohanan ini dan menarik penyertaan universiti-universiti di Singapura untuk datang ke UNIMAS”.

Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Hj Idris Hj Buang, ADUN N16 Muara Tuang. Turut hadir adalah Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Kamarullah S.H.M Hum, Pembina Utama Madya wakil Rektor Bidang Kemahasiswaan dan Alumni Universiti Tanjung Pura, Cikgu Mohammad Ali Sabri bin Hj Abang, Pegawai kontinjen Universiti Brunei Darussalam, Prof. Dr Azhaili Baharun Pengarah Pusat Sukan UNIMAS, Dato Rozalix serta pegawai teknikal jemputan dari Singapura iaitu Encik Calvan See dan Jason Kho.

Foto dan Artikel oleh : 

Hardy bin Suntol (Unit Latihan & Media, Pusat Sukan UNIMAS)

 
Attachment(s):
 
 
Demo