Events Calendar

Download as iCal file
FBK disaran kolaborasi penyelidikan untuk kelestarian bahasa
Thursday 17 October 2019, 02:00pm - 05:00pm
Hits : 1705
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
FBK2.JPG

FBK1

KOTA SAMARAHAN, 17 Oktober 2019: Kelestarian bahasa perlu dikekalkan dalam konteks yang lebih luas merangkumi bukan sahaja pengekalan tetapi turut menambah baik keadaan sedia ada selaras dengan Revolusi Industri 4.0.

Ini kerana dunia sudah berada di pintu gerbang Revolusi Industri 4.0 di mana virtual culture (budaya maya) akan makin menyentuh hampir semua aspek kehidupan manusia.

Berucap di majlis perasmian Hari Terbuka Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) pada 17 Oktober 2019, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sarawak, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie mencadangkan agar pihak FBK melaksanakan kolaborasi penyelidikan secara dalaman dan luaran yang melibatkan penggunaan teknologi untuk mewujudkan aplikasi dalam penggunaan pembelajaran bahasa.

“Menerusi perancangan dan pelaksanaan ini, teknologi baru boleh menjadi ejen yang berkuasa untuk kebaikan terutamanya dalam sistem pendidikan dan akses kepada maklumat dapat meningkatkan keintelektualan dan menghasilkan pemikiran aras tinggi yang holistik,” tambahnya.

Terdahulu, Dekan FBK Profesor Dr Ambigapathy Pandian berkata pihak fakulti komited untuk melestarikan bahasa-bahasa di Malaysia amnya dan di Sarawak khususnya untuk mendukung aspirasi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memperkasakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.

“Dalam masa yang sama, bahasa-bahasa sukuan khususnya di Sarawak juga perlu dipelihara dan diberi perhatian dalam mengekalkan identiti dan kearifan lokal. Justeru, FBK telah menawarkan beberapa kursus bahasa-bahasa sukuan /Borneo seperti dialek Melayu sarawak, bahasa Iban, bahasa Bidayuh dan bahasa Melanau,” katanya lagi.

Prof Ambiga juga menjelaskan penawaran kursus-kursus bahasa ketiga seperti bahasa Arab, bahasa Mandarin, bahasa Jepun dan bahasa Perancis dilihat sebagai satu peluang untuk meningkatkan kebolehpasaran para pelajar dalam dunia pekerjaan

Fakulti Bahasa dan Komunikasi mengadakan Hari Terbuka Fakulti pada 17 dan 18 Oktober 2019 dengan bertemakan kelestarian bahasa.

Antara aktiviti yang diadakan semasa Hari Terbuka Fakulti termasuklah pameran buku dan poster penyelidikan, jualan buku, aktiviti kebudayaan, permainan tradisional, pertandingan bercerita, berpantun dan pidato, pengucapan awam, serta ceramah teknik menjawab kertas perperiksaan MUET dan motivasi SPM.

Turut hadir di majlis perasmian Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, ahli majlis dekan, pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak serta pelajar-pelajar sekolah di sekitar Kota Samarahan dan Kuching.

Acara kemuncak merupakan Syarahan Perdana Sasterawan Negara bersama Dato’ Seri A. Samad Said yang akan berlangsung di DeTAR PUTRA, UNIMAS pada 18 Oktober 2019, jam 2.30 petang.

 
Attachment(s):
 
 
Demo