Events Calendar

Download as iCal file
Kolaborasi strategik UNIMAS dan TBS
Monday 14 October 2019, 04:00pm - 05:00pm
Hits : 1208
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
baitulmal1.jpg

baitulmal2

KUCHING, 14 Oktober 2019: UNIMAS hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) bagi kolaborasi strategik pengurusan Dana Wakaf untuk tujuan pembinaan fasiliti Dewan Peperiksaan, Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat dan Masjid Kampus Timur.

Majlis MoU tersebut telah ditandatangani oleh Pengurus Besar TBS, Datu Haji Abang Mohammad Shibli Haji Abg Mohd Nailie mewakili TBS dan Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi mewakili UNIMAS dan disaksikan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu Haji Taha, Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Wakaf, Datu Haji Putit Matzen termasuk barisan pengurusan kanan kedua-dua belah pihak.

Ini merupakan kerjasama yang pertama di antara UNIMAS dan TBS dengan jumlah keseluruhan projek sebanyak RM19 juta merangkumi tiga jenis pembinaan fasiliti berkenaan melalui kutipan dana wakaf di UNIMAS.

Datu Haji Abang Mohammad Shibli menjelaskan penganjuran wakaf seperti ini selari dengan peranan TBS sebagai satu-satunya pihak berautoriti menguruskan hal ehwal wakaf serta bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan wakaf berkembang dan sentiasa relevan dengan keperluan masyarakat Islam di Sarawak.

“ UNIMAS telah mengambil peluang yang dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat untuk menubuhkan fasiliti tersebut dengan kerjasama pihak TBS. Sokongan berterusan dari semua masyarakat dalam menyumbang melalui wakaf tunai ini amat diharapkan bagi merealisasikan pembinaan ketiga-tiga fasiliti berkenaan” katanya lagi.

Manakala Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, dengan termenterainya MoU tersebut, satu Jawatankuasa Pengurusan Dana Wakaf yang terdiri dari pihak TBS dan UNIMAS akan ditubuhkan.

Beliau berkata, Jawatankuasa tersebut akan bertanggungjawab dari segi pengurusan kutipan dan penggunaan Dana Wakaf mengikut terma dan syarat yang termaktub di dalam MoU tersebut.

“ Ianya adalah selari dengan peruntukkan kaedah-kaedah Pentadbiran Wakaf MIS 2018 dimana wakaf yang diwujudkan perlu didaftar dengan TBS selaku pendaftar wakaf yang dilantik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, derma untuk projek wakaf UNIMAS secara talian boleh dibuat ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 11040010031644 atau hubungi Bahagian Endowmen dan Wakaf UNIMAS di talian 082-581918/ 582792/ atau email ke : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk mendapat maklumat lanjut.

 
Attachment(s):
 
 
Demo