Events Calendar

Download as iCal file
DFKL pertama di Sarawak pilih UNIMAS
Monday 14 October 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1971
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Filem1.jpg

filem2filem3filem4

filem6filem7filem8

KOTA SAMARAHAN, 14 Oktober 2019: Buat pertama kalinya, Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 versi Sarawak diadakan dengan memilih Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai lokasi pertama bagi kalendar DFKL 2019, kali ini.

DFKL 2019 telah diadakan bermula 11 hingga 12 Oktober 2019 lepas bertempat di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS itu telah menarik ratusan peserta yang ingin mencuba bakat masing-masing dalam bidang lakonan.

Masih kekal dengan objektifnya sejak diperkenal pada tahun 2014 iaitu DFKL ingin memberi pendedahan terperinci dan gambaran bagaimana industri hiburan ini berfungsi dari aspek pengarahan, penulisan skrip, kerja-kerja di belakang tabir dan juga kepentingan mempunyai skil dan pakej tersendiri untuk bergelar pelakon. Bukan itu sahaja, DFKL mahu menekankan bahawa jika anda ingin berjaya paling utama anda perlu memiliki bakat, komitmen dan kualiti untuk bergelar pengarah, penulis skrip mahupun pelakon yang disegani.

Perasmian DFKL 2019 di Sarawak telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Sarawak dan Menteri Belia & Sukan Sarawak, Yang Berhormat, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

Turut hadir menyaksikan perasmian tersebut ialah Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Syed Hussian Aljunid, Pendaftar UNIMAS, Encik Henry Tening ak Sengeng dan Dekan FSGK, Profesor Madya Dr.Musdi Haji Shanat.

Datuk Syed Hussian dalam kenyataan media memberitahu pihak TV3, amat berterima-kasih atas kesudian UNIMAS dan FINAS untuk berkerjasama dalam usaha mencari pelapis industri yang kompetitif untuk masa kini.

“ Kali ini, para pelajar dan orang awam di Sarawak menjadi sasaran kami. Kami memilih untuk mengadakan progam ini di universiti kerana ianya adalah sebuah institusi yang mendidik dan menggilap bakat-bakat baharu termasuk industri seni tanah air. Lebih-lebih lagi di UNIMAS yang mempunyai pelajar-pelajar jurusan seni. Manakala FINAS pula sebagai badan yang bertanggungjawab memacu dan menggalak kepada pertumbuhan industri hiburan,” katanya.

Beliau turut berharap kerjasama tersebut dapat mencapai objektif iaitu untuk memperkasakan lagi industri hiburan tanah air dengan melahirkan lebih ramai lagi bakat-bakat baharu untuk mempelopori bidang seni di Malaysia dan memperluaskan lagi kerjasama ini di universiti-universiti di seluruh Malaysia.


Dalam pada itu, DFKL 2019 di Sarawak mempunyai tiga komponen utama iaitu seisi bengkel, seisi berkongsi idea dan seisi uji bakat lakonan. Antara juri dan panel profesional DFKL di Sarawak ialah Eirma Fatima, Alfie Palermo, Sheila Rusly bersama Ayda Jebat dan Nazim Othman.

 
Attachment(s):
 
 
Demo