Events Calendar

Download as iCal file
STEM bantu pendidikan pelajar ke era digital
Monday 07 October 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1889
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
stem1.jpg

Sk1Sk2

Sk4Sk5

Sk6Sk7

Sk8Sk9

 

 

 

KOTA SAMARAHAN, 7 Oktober 2019: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah bekerjasama dengan Sarawak Multimedia Authority (SMA), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Sekolah Kebangsaan Rakyat dan Biro Pendidikan N8 Satok bagi menjayakan Karnival Satok Science, Technology, Engineering, Maths (STEM) yang diadakan pada 5 sehingga 6 Oktober lepas di Sekolah Kebangsaan Rakyat Jalan Bolhasaan Kuching.

Perasmian Karnival Satok STEM tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg manakala majlis penangguhan karnival disempurnakan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri, Encik Samad Gani.

Ketua Menteri dalam ucapan berkata penganjuran karnival STEM Satok adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memperluas dan mendedahkan kepentingan pelajar sekolah rendah dalam era digital.

Beliau menambah, salah satu langkah Kerajaan Negeri bagi menjayakan pembelajaran STEM adalah memperbanyakkan makmal STEM di semua bahagian di Sarawak.

“ Setakat ini sebanyak 10 makmal pendidikan STEM telah ditubuhkan dan kita akan mengembangkan ke semua bahagian di Sarawak terlebih dahulu sebelum ke peringkat daerah-daerah.

“ Ini adalah salah satu usaha kita untuk meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran STEM dan kita telah memohon kerjasama UNIMAS untuk bersama-sama menjayakan usaha berkenaan,” katanya lagi.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata UNIMAS sememangnya aktif dalam usaha mendidik serta memupuk minat dan kemahiran anak-anak muda di Sarawak dalam menceburi pendidikan STEM.

Beliau menjelaskan pelbagai program hasil kolaborasi bersama pelbagai agensi seperti Digital Talent development yang melibatkan Robotics, Coding, Drone, Renewable energy tools, 3D Printing, meneroka sains semulajadi flora dan fauna yang terdapat di Sarawak telah dilakukan sebelum ini.

“ Kesemua aktiviti pembelajaran ini memberi fokus bagi memupuk minat pendidikan STEM di kalangan anak-anak sekolah dan pada masa yang sama mengajar anak-anak ini 21st century learning skills iaitu penyelesaian masalah melalui aktiviti berasaskan kemahiran pembelajaran” sambungnya lagi.

Jelas Naib Canselor, inisiatif ini bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam mata pelajaran berkaitan STEM, iaitu melalui aktiviti penerokaan, aplikasi serta mengintegrasikan konsep sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara inovatif dan kreatif.

Sementara itu, antara objektif karnival adalah untuk mempromosikan aktiviti yang dapat meningkatkan minat pelajar dalam pendidikan STEM, menyediakan peluang untuk pembelajaran sepanjang hayat dalam pendidikan STEM dan membangunkan bakat STEM untuk ekonomi digital.

Karnival ini bertujuan untuk memenuhi agenda negara yang mempromosikan pendidikan STEM sebagai pembelajaran sepanjang hayat yang melibatkan pendidikan yang mengintegrasikan STEM secara formal berdasarkan kurikulum, secara tidak formal melalui aktiviti akademik dan kokurikulum.

Program ini juga selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang turut melancarkan Hari Akademia 2019, yang kebetulan jatuh bulan Oktober

yang diisytiharkan sebagai Bulan Akademia dengan tema ‘ Akademia Bersama Masyarakat’.

Karnival dua hari itu turut mengundang empat orang Profesor dari pelbagai fakulti di UNIMAS termasuk Profesor Madya Dr.Norsiah binti Fauzan (Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia), Profesor Madya Dr. Johari bin Abdullah (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat) , Profesor Dr. Asri bin Said (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan) dan Profesor Ir. Dr Andrew Ragai Henry Rigit (Fakulti Kejuruteraan).

Aktiviti lain yang turut disenaraikan adalah seperti Sarawak Pay, robotik dan aktiviti kejuruteraan, MBOT, VR, 3D, Raspberry Pi, zoologi, anatomi manusia. Ujian karbon monoksida, neuroharmoni, mindlfex, aktiviti STEM dan alat pembelajaran STEM.

Selain itu, Satok STEM Karnival juga menganjurkan STEM Playzone, STEM Explorace, permainan ICT, pertandingan mewarna STEM dan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah satu dan dua dari sekolah-sekolah yang terdapat di zon Satok, dan pertandingan roket air terbuka kepada semua pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah.

 
Attachment(s):
 
 
Demo