Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan sekolah ke Muzium Anatomi dan Patologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Tuesday 24 September 2019
Hits : 1886
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
4.jpg

Pada 13 September 2019, pihak Muzium Anatomi dan Patologi telah menerima rombongan pelawat daripada SMK St Luke, Sri Aman seramai 32 orang pelajar serta 8 orang guru pengiring dan SMK Lubok Antu seramai 24 orang pelajar serta 6 orang guru pengiring.

Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyemai minat kepada para pelajar terhadap bidang sains perubatan. Selain daripada itu, pelawat juga memperolehi ilmu kesihatan dan info mengenai penyakit serta mendapat maklumat tentang penjagaan kesihatan.

Pada masa yang sama, pihak Muzium Anatomi dan Patologi juga menerima pelawat daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), UNIMAS seramai 20 orang.

Lawatan ini telah dikendalikan oleh Juruteknologi Makmal Perubatan iaitu Puan Azimah Hj Ahmad, Cik Whilemena Upam, Encik Romina Grey Melvin, Encik Azhar bin Abdul Aziz dan Pembantu Perawatan Kesihatan iaitu Encik Abdul Rahman Bin Ariffin dan Puan Heni Vincent.

Laporan disediakan oleh Puan Munirah Binti Sa’adi.

 

1

 

2

 

3

 

5

 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo