Events Calendar

Download as iCal file
ROZAINI "RAJA KAROM" CABARAN KAROM SATOK
Thursday 08 August 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1359
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Karom 2.jpg

Pada 3 Ogos 2019 (Sabtu) yang lalu bertempat di Dewan Datu Merpati , SK Merpati Jepang, telah berlangsungnya Kejohanan "Satok Carrom Challenge 2019" anjuran Pemuda PBB Muda Hashim Tengah denagn kerjasama Kelab Karom OHAA, Kuching.

UNIMAS tidak terkecuali untuk menghantar wakil apabila seramai enam orang staf UNIMAS menyertai pertandingan tersebut dalam Kategori Perseorangan Lelaki Terbuka.

Rozaini Ahmad daripada UNIMAS menggondol gelaran juara pertandingan tersebut sekaligus membawa gelaran Raja Karom selepas menewaskan Encik Thomas di perlawanan akhir.

Selain daripada Rozaini Ahmad, lima lagi staf UNIMAS yang menyertai pertandingan tersebut ialah Abd Rahman Latiff, Muhamad Hazlan Yusuf, Azlan, Azzmi Bawi, dan Johan Hussein.

Tahniah diucapkan kepada Rozaini Ahmad di atas kecemerlangan beliau dalam kejohanan tersebut dan diharapkan beliau terus cemerlang dalam pertandingan-pertandingan lain yang akan datang. Tahniah juga diucapkan kepada semua staf UNIMAS yang telah menyertai pertandingan tersebut.

 
Attachment(s):
 
 
Demo