Events Calendar

Download as iCal file
Summer Programme Anjuran UNIMAS berjaya tarik pelajar dari Universiti Yunnan China
Monday 29 July 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1458
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
SP YUNNAN with Datuk Kadim.jpg

Kuching, 26 Julai 2019: Baru-baru ini Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menganjurkan UNIMAS Summer Programme dan telah berjaya menarik pelajar daripada Universiti Yunnan, China.

Seramai 30 orang pelajar dari Universiti Yunnan, diiringi dua orang pensyarah telah mengikuti Summer Programme UNIMAS yang bertemakan Budaya, Alam dan Pengembaraan. Program ini telah berlangsung selama 10 hari bermula 14-23 Julai yang lepas.

Menurut Haji Azlan Ramli, Pengarah Pejabat Canselori dan Hubungan Antarabangsa (UNIMAS Global), UNIMAS akan menerima tiga kumpulan delegasi untuk Summer Programme tahun ini.

Ini adalah merupakan Program Mobiliti Inbound yang direka khas oleh UNIMAS kepada pelajar antarabangsa dengan menawarkan pembelajaran yang pelbagai menerusi program yang disediakan. Ia membolehkan peserta program ini menimba pengalaman dan mengenali budaya Sarawak pada masa yang sama.

Bagi pelajar Universiti Yunnan yang datang dari pelbagai program akademik, mereka menyertai program ini untuk mendapatkan pengalaman dan mengenali budaya dan alam semula jadi di Sarawak selain berinteraksi dengan pelajar UNIMAS serta komuniti setempat.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah lawatan-lawatan ke tempat-tempat menarik, sesi kelas interaktif dan bengkel kraftangan bersama pelajar UNIMAS. Lawatan yang telah diadakan termasuklah lawatan ke Kampung Budaya Sarawak, Fort Margherita, Tebingan Kuching  (Kuching Waterfront) dan muzium di sekitar Kuching.

Selain itu, untuk program menikmati alam dan cabaran, delegasi ini telah dibawa mendaki ke Taman Negara Bako. Pelajar–pelajar Yunnan ini turut menyertai bengkel penyediaan makanan “asli” Sarawak dan juga bengkel kraftangan membuat aksesori menggunakan manik Sarawak.

Manakala program bersama Komuniti, pelajar-pelajar ini bersama-sama UNIMAS menyertai beberapa aktiviti tanggungjawab sosial bersama warga SK St Patrick Semadang Padawan dan komuniti setempat.

Azlan turut menyatakan program ini adalah peluang terbaik kepada peserta untuk mendalami budaya dan menikmati alam semulajadi di Sarawak. Selain itu ia sejajar dalam mempromosi Tahun Melawat Sarawak 2019.

 

yunnan bako

 

48315561802 7112d9daf8 z

 

SP Yunnan CSR Sk Semadang

CSR UNIMAS 2019 Yunnan Summer Program

67092458 2302391869838591 3726800099775348736 n

 

Artikel disediakan oleh: Ruvi Christina

 
Attachment(s):
 
 
Demo