Events Calendar

Download as iCal file
Siap-siaga depani jenayah
Friday 26 July 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1229
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
pic 1 polis.jpg

KOTA SAMARAHAN, 24 Julai 2019: Seramai 200 anggota Polis Bantuan dari pelbagai agensi di negeri ini telah menyertai Seminar Kepolisan Komuniti yang diadakan selama satu hari anjuran Bahagian Keselamatan UNIMAS dan Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak.


Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman mewakili Naib Canselor UNIMAS bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin UNIMAS, hari ini.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Pengerusi Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak, Datuk John Lau Pang Heng, Pendaftar UNIMAS Encik Henry Tening Anak Senging dan Pengarah Keselamatan Bahagian Keselamatan UNIMAS, Lt. Kol (B) Mohd Melintang Abdullah.

Dalam seminar tersebut, dua penceramah telah dijemput iaitu Supt. Ang Seow Aun dari Kontinjen Polis Sarawak dan DSP Saga Anak Chunggat dari Pusat Pengajian PGA PULAPOL Kuching.

Objektif seminar adalah untuk merealisasikan impian kerajaan khasnya PDRM dalam memastikan peningkatan penyertaan dan penglibatan rakyat termasuk anggota Polis Bantuan dalam program-program pencegahan jenayah.

Ia juga dapat meningkatkan kemahiran dan pembelajaran para peserta terutama anggota Polis Bantuan dalam hal-hal berkaitan persiapan dan persediaan menghadapi jenayah dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Seminar ini juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial (CSR) UNIMAS dan relevan untuk menyahut “United Nation Development Goal Ke16 (Peace and Justice, Strong Institution).

Ini kerana, anggota Polis Bantuan merupakan lapisan Echelon kedua dan dilihat sebagai “mata dan telinga” kepada PDRM dan masyarakat khasnya.

Justeru itu, anggota Polis Bantuan harus sentiasa meningkat kesiapsiagaan dengan meningkatkan kemahiran dan latihan berterusan setanding dengan anggota tetap PDRM.

 
Attachment(s):
 
 
Demo