Events Calendar

Download as iCal file
Program Cinta Ilmu sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia
From Tuesday 04 May 2010 -  08:00am
To Tuesday 07 May 2019 - 05:00pm
Hits : 1538
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Cais3.JPG

Cais1Cais4

Cais2Cais5

KOTA SAMARAHAN, 29 April 2019 – Sebagai usaha menyemarakkan program membaca, Pusat Khidmat Maklumat Akademik telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Cinta Ilmu selama dua hari bermula 29 April lepas sebagai menyokong Read@UNIMAS dan menarik minat membaca dan memupuk kecintaan kepada ilmu dalam kalangan warga UNIMAS.

Objektif program adalah untuk menyemarakkan semangat membaca dalam kalangan warga UNIMAS,memupuk kecintaan kepada ilmu pengetahuan, menggalakkan kempen menderma buku dalam kalangan warga UNIMAS serta meningkatkan kesedaran budaya membaca di kalangan masyarakat.

Antara aktiviti diadakan seperti gimik perasmian, Jom Baca 10 minit, Read Out Loud  yang dilakukan oleh tiga orang pelajar dari sekolah SK St. Martin, SK Empila dan SK Dato Mohd Musa Samarahan, persembahan nyanyian oleh Adik Sofia Arissa, Read and Write with Emerald, pameran dan jualan buku dan cenderahati, jualan makanan dan minuman (food truck)Yakub

Istimewanya Program Cinta Ilmu kali ini turut dihadiri oleh  Miss Planet International 2019, Cik Viviana Lin Watson,19, yang telah mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk Miss Planet International pada 1 Mac 2019 di Cambodia dan telah merangkul anugerah 2nd runner up Miss Planet International 2019 bersandarkan minat membaca yang mendalam dan mempunyai pengetahuan am yang luas.

CAIS yakin kehadiran Vivian dapat menjadi model membaca bagi golongan muda di samping meningkatkan keterlibatan beliau dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Miss Planet International 2019 di kalangan masyarakat.

 
Attachment(s):
 
 
Demo