Events Calendar

Download as iCal file
MASNITA: Permohonan sumbangan sempena Menyambut Bulan Ramadhan Yang Mulia, Perayaan Gawai Dayak beserta Perayaan Aidil Fitri 1440H.
Monday 06 May 2019
Hits : 1929
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
banner_sumbangan_ramadhan.jpg

Ramadhan telah menjelang tiba dan seperti tahun-tahun sebelum ini, Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak, MASNITA akan melaksanakan program MASNITA PRIHATIN, yang akan dipimpin oleh Biro Kebajikan.

 

Program ini adalah bertujuan untuk membantu komuniti di sekitar Kuching dan Samarahan dalam menghadapi bulan Ramadhan dan disamping itu membantu dalam membuat persediaan untuk perayaan Gawai Dayak dan juga Aidilfitri.

 

Antara aktiviti yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini adalah,
i) Penyerahan Sumbangan Ikhlas MASNITA kepada pelajar UNIMAS yang terpilih, balu dan juga kepada staf sokongan yang merupakan ahli MASNITA.
ii) Sumbangan kepada 2 buah pusat tahfiz yang terpilih di Kuching
iii) Persediaan sambutan Aidilfitri bersama anak-anak yatim dan anak yang kurang berkemampuan di Mydin Petrajaya, Kuching.

 

MASNITA juga turut membuka ruang untuk warga UNIMAS, ahli MASNITA atau sesiapa sahaja yang ingin membuat sumbangan berbentuk tunai atau cek (atas nama PERSATUAN WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK) bagi menambah dana sumbangan yang akan diagihkan kelak. Sumbangan tersebut bolehlah dipanjangkan kepada, Bendahari MASNITA, Pn Suriani Julaihi (082-582365) atau Pn Saptuyah Mahmud (082-581090).

 

Tarikh akhir untuk penyerahan sumbangan adalah pada 7 Jun 2019, bagi memastikan program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan hasil sumbangan dapat disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo