Events Calendar

Download as iCal file
PASUKAN KAROM UNIMAS CEMERLANG DI KEJOHANAN RIVERSIDE OHAA CARROM OPEN 2019
Tuesday 30 April 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1499
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
IMG-20190430-WA0085.jpg

28 April,Kuching: Pasukan Karom UNIMAS telah beraksi cemerlang di Kejohanan Riverside Carrom Open 2019 yang telah berlangsung pada 27-28 April 2019 bertempat di Riverside Shoping Complex.

Seramai 32 orang peserta individu lelaki, 21 orang individu wanita dan 23 kumpulan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. UNIMAS telah menghantar seramai 12 orang peserta.

En. Nawawi Muhamad telah mengharumkan nama UNIMAS apablia telah mendapat Johan Perseorangan Terbuka dan En. Abdul Rahman Abd Latiff turut cemerlang di kedudukan Naib Johan Perseorangan Terbuka.

Manakala Pn. Mardhiah pula telah mendapat Tempat Ke-3 Perseorangan Wanita.

Kategori Beregu Terbuka pula telah dikuasai oleh Pasukan UNIMAS apabila telah menduduki 3 tempat teratas kejohanan. Pasukan MAD KAROM yang terdiri daripada En. Abdul Rahman bin Abdul Latiff (UNIMAS) & En. Dev bin Zaini (Pejabat Kesihatan Kota Samarahan) telah mendapat Johan , Naib Johan adalah Pasukan REFRESH yang terdiri daripada En Azzmi Bawi (UNIMAS) & En Surialie (UNIMAS) dan Tempat Ke-3 pula adalah Pasukan RAMCOR DUO yang dianggotai oleh En Hamsin (UNIMAS) & En Azlan (UNIMAS)

Syabas & Tahniah diucapkan kepada Pasukan Karom UNIMAS. Semoga kejayaan ini akan berterusan serta mampu mengharumkan nama UNIMAS di peringkat ynag lebih tinggi lagi.

Ikhlas daripada Pusat Sukan UNIMAS

 
Attachment(s):
 
 
Demo