Events Calendar

Download as iCal file
Majlis pementeraian MoU di antara UNIMAS dan FINAS
From Friday 26 April 2019 -  06:00pm
To Monday 29 April 2019 - 05:00pm
Hits : 1800
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
fsgk1.jpg

fsgk2fsgk3

KOTA SAMARAHAN, 26April 2019: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mementerai Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama denganPerbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), bertempat di Rumah Universiti pada hari ini.

Majlis menandatangani MoU tersebut telah dilakukan oleh t Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Bin Suadi selaku wakil UNIMAS dan disaksikan oleh Dekan FSGK, Profesor Madya Dr Musdi Shanat manakala FINAS diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS,Encik Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah FINAS (Produksi dan Teknikal), Puan Subaidah Md Top.

Hadir menyaksikan majlis MoU tersebut ialah Timbalan-timbalan Naib Canselor UNIMAS, Pengerusi FINAS, Dato Hans Isaac, Ahli Lembaga Pengurusan Universiti, wakil-wakil dari FINAS dan lain-lain.

Naib Canselor UNIMAS, Datuk Dr Mohamad Kadim Bin Suadi dalam ucapan beliau meluahkan rasa penghargaan kepada FINAS kerana sentiasa memberi sokongan padu kepada UNIMAS dengan menyalurkan dana dan menyediakan latihan kepada pelajar-pelajar UNIMAS dan penglibat industri untuk tujuan pembangunan perfileman tanah air.

Beliau berkata, kerjasama ini akan membantu FSGK UNIMAS dalam memperkukuhkan latihan-latihan perfileman, latihan industri, penyelidikan dan perundingan, pengajaran dan pembelajaran serta jalinan dalam industri perfileman.

“Ia akan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri perfileman dan media di Sarawak khasnya mahupun di Borneo secara amnya seiiring dengan misi UNIMAS yang sentiasa berusaha untuk menjadi sebuah universiti contoh yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa,

“ Malah, usaha ini bertepatan dengan peranan FSGK sebagai fakulti di institusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang kesenian untuk memangkin penyelidikan ilmiah serta penerbitan yang berkualiti,” katanya lagi.

Sementara itu, antara objektif MoU UNIMAS dan FINAS adalah sebagai ruang untuk berkongsi pelbagai isu yang berkaitan dengan industri perfileman.

Antara kandungan utama MoU ini termasuk kerjasama di dalam program-program latihan berkaitan industri perfilemandan “masterclass”, latihan industri, penyelidikan, perundingan, bengkel, persidangan, jalinan hubungan industri, pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan komuniti filem dan media.

Antara agenda utama yang dipersetujui pada masa terdekat adalah peruntukkan Dana Kandungan Digital (DKD) yang melibatkan Dana Produksi dan Dana Mikro sebanyak RM5000 bagi setiap calon atau pelajar-pelajar dan pengkarya filem baharu bagi memberi peluang kepada mereka berkarya dengan platform online.

Kerjasama di antara FINAS dan UNIMAS telah lama terjalin iaitu sejak awal tahun 2000 lagi apabila ketika itu FINAS bersama FILEM NEGARA sedang berjinak-jinak dengan medium digital.

UNIMAS selaku institusi yang bertanggungjawab dalam pembangunan industri media/digital di Sarawak pada ketika itu berkerjasama dengan FINAS dan FILEM NEGARA dalam penerbitan 13 episodes dokumenteri untuk penyiaran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).

Malah, FINAS dan FSGK turut bekerjasama dalam latihan perfileman, masterclass, Apresiasi Filem dan aktiviti-aktiviti pembangunan perfileman di Sarawak.

 
Attachment(s):
 
 
Demo