Events Calendar

Download as iCal file
Program The Tour: Malaya X Borneo X Jelajah Srikandi 3.0 di Simunjan
Monday 15 April 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1688
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
sakurapic.jpg

Kota Samarahan, 15 April 2019 - Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cempaka Sesi 2018/2019 dengan kerjasama Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor telah menganjurkan Program The Tour: Malaya X Borneo X Jelajah Srikandi 3.0 yang dijalankan semasa cuti pertengahan semester yang lalu.


Program yang berlangsung dari 27 hingga 30 Mac 2019 bertempat di Kampung Nanas, Simunjan ini adalah hasil kerjasama dengan JKKK Kampung Nanas, Simunjan, Majlis Daerah Simunjan dan beberapa agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang lain.

Terdapat sembilan aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu Penjagaan Kebersihan Gigi – Clean Them Right, Oh My English! Class, Lukisan Mural di Tabika Kemas C, Hiking/Plogging di Gunung Ngeli, Jelajah Sihat, Love Yourself, Take Care Of Your Hygiene Session, Projek Botani, Gotong-Royong serta Majlis Kesyukuran bersama penduduk kampung dan diakhiri dengan majlis penutupan program.

Program ini yang berkonsepkan servis komuniti bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi, memupuk semangat kesukarelawanan di dalam diri mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS dan UTM sekaligus mendedahkan budaya masyarakat Melayu Sarawak kepada umum.

Dalam masa yang sama, program ini juga mampu meningkatkan kemahiran pengurusan aktiviti yang baik dan penutupan program telah dilakukan bertempat di Dewan Mesra, Kampung Nanas, Simunjan pada hari terakhir program iaitu pada 30 Mac 2019.

Antara jemputan yang hadir seperti wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N25 daerah Simunjan, Encik Bojeng Bin Ali, Wakil Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Encik Oldrige Ak Ripat Eric, Pegawai Tadbir Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UNIMAS, Pn. Dayang Zuliana Binti Abang Abdul Rahman, Ketua Kaum Kg. Nanas Hilir/Tengah dan Hulu dan wakil daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan lain.

 
Attachment(s):
 
 
Demo