Events Calendar

Download as iCal file
“Program Kaunseling Bimbingan Keluarga Sejahtera, Motivasi Kerja Berganda”
Wednesday 10 April 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1875
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

                             Kimia         

JABATAN KIMIA MALAYSIA NEGERI SARAWAK

logo kimiaDengan kerjasama

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA (FSKPM)

logo unimas

Mahasiswa Kohort 4 Sarjana Sains Kaunseling & Mahasiswa Sarjana Muda Kaunseling

Tajuk Progam:

“Program Kaunseling Bimbingan Keluarga Sejahtera, Motivasi Kerja Berganda”

Petra Jaya, 28 Mac 2019 - Pelajar Sarjana Kaunseling Kohort 4 dan Sarjana Muda Kaunseling Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dengan kerjasama PEMURNI Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak telah mengadakan program kaunseling yang bertajuk “Keluarga Sejahtera, Motivasi Kerja Berganda”. Program ini telah berlangsung selama 2 hari, iaitu pada 27 dan 28 Mac 2019, bertempat di Bilik Sejinjang, Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching. Seramai 50 orang pekerja yang dipilih sebagai peserta yang terlibat dalam usaha untuk memperkasakan dan memotivasi para pekerja. Rasional program ini dijalankan adalah untuk membantu pekerja dalam menyeimbangkan tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Di samping itu, pengisian program ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi para pegawai dalam menjalankan tugas seharian disamping memahami potensi diri dengan lebih mendalam. Program ini telah dikendalikan oleh 7 orang pelajar kaunseling yang diketuai oleh Puan Khairunnisa Sahdan yang merupakan kaunselor pelatih di bawah seliaan Puan Samsiah Jayos sebagai Kaunselor Berdaftar dan Pensyarah di FSKPM UNIMAS. Antara pengisian aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah seperti ice breaking, ceramah kaunseling yang bertajuk “Mengenali Diri” yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Shahrul Bin Kamaruddin dan “Kerjayaku, Kesayanganku” telah disampaikan oleh Puan Samsiah Jayos, Ujian personaliti menggunakan Inventori Personaliti Warna (IPW) dan latihan dalam kumpulan (LDK). Majlis perasmian dan penutupan dirasmikan oleh Yang Berusaha, Encik Mohd Izuan Othman selaku Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak. Program ini mendapat sambutan dan maklum balas positif daripada semua peserta. Berdasarkan analisis daripada borang selidik program, 86.7% daripada peserta memberikan respon yang sangat baik terhadap aktiviti dan keseluruhan program, 19% pula memberi respon baik dan selebihnya adalah memuaskan. Mereka mengharapkan agar program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang.

 
Attachment(s):
 
 
Demo