Events Calendar

Download as iCal file
PASUKAN CHALLENGER DAN PASUKAN COASTER NETBALL CLUB JUARAI KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA UNIMAS 2019
Monday 08 April 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1095
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Netball2019.JPG

KEJOHANAN BOLAJ ARING TERBUKA UNIMAS 2019 

5-7 APRIL 2019 / ARENA FUTSAL, KOMPLEK SUKAN UNIMAS

 

Kejohanan Bola Jaring Terbuka UNIMAS 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 5-7 April 2019 bertempat di Arena Futsal, Komplek Sukan UNIMAS. Ia buat julung kalinya dianjurkan oleh Pusat Sukan di mana dua (2) kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Wanita. Sebanyak 21 pasukan wanita telah menyertai kejohanan ini termasuk pasukan dari Sabah dan Sarawak. Manakala Kategori Lelaki sebanyak 8 pasukan telah menyertai iaitu pasukan dari Brunei, Semenanjung dan Sarawak . Berikut adalah Keputusan Rasmi Kejohanan :

KATEGORI WANITA: 

Johan : Pasukan Challenger (Pasukan SUKMA Sarawak)

Naib Johan : Pasukan Tee Jay 1 (Pasukan Sekolah Sukan Negeri Sarawak)

Tempat Ke-3 : Pasukan NB Mix (Pasukan dari Sabah)

 

KATEGORI LELAKI:

Johan: Pasukan Coaster Netball Club (Pasukan dari Semenanjung)

Naib Johan : Pasukan UNKNOWN (Pasukan dari Brunei)

Tempat Ke-3: Pasukan Flyballers (Pasukan Pelajar Kolej Cempaka)

Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang telah disampaikan bersama oleh Prof Madya Dr Azhaili bin Baharun, Pengarah Pusat Sukan UNIMAS dan Puan Hanimah bt Hood, Presiden Persataun Bola Jaring Kuching.

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan pasukan yang telah menyertai kejohanan ini. 

 

 

Unit Latihan & Media

Pusat Sukan UNIAMS

 
Attachment(s):
 
 
Demo