Events Calendar

Download as iCal file
MAGU rai 237 staf cemerlang
From Thursday 21 March 2019 -  08:00pm
To Wednesday 27 March 2019 - 05:00pm
Hits : 1584
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MAGU1.jpg

MAGU12MAGU17

MAGU15MAGU13

MAGU16MAGU14

KOTA SAMARAHAN, 21 Mac 2019 : Seramai 237 orang staf UNIMAS telah menerima anugerah dalam pelbagai kategori pada Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS (MAGU) yang diadakan pagi tadi bertempat di DeTAR PUTRA UNIMAS.

MAGU kali ini yang bertemakan Teguh Bersama / Stronger Together diadakan sebagai meraikan para staf yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam tugas mereka di Universiti ini.

Dalam MAGU ini menyaksikan 162 orang staf menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 atas prestasi cemerlang dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sepanjang tahun lepas, 25 orang staf lagi telah diberi Anugerah Perkhidmatan Setia (APS) 2018 yang telah berkhidmat di UNIMAS selama dua puluh tahun dan 19 orang menerima sijil penghargaan persaraan.

Anugerah Akademik termasuklah Anugerah Kumulatif Tertinggi Penerbitan dalam Jurnal Berimpak untuk kategori Sains dan Teknologi diberikan kepada Dr Chai Chee See, Dr Yuwana Podin, dan Dr Tay Kai Meng manakala untuk kategori Sains Sosial dan Kemanusiaan pula penerimanya ialah Dr Lee Nung Kiong, Dr Goy Siew Ching dan Profesor Madya Dr Shahren bin Ahmad Zaidi Adruce.

Manakala Anugerah Penerbitan diterima oleh Dr Aida Shafreena binti Ahmad Puad dan Profesor Madya Dr Saiful Bahari bin Mohd Yusoff untuk Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk.

Seterusnya penerima Anugerah Pengajaran ialah Profesor Madya Dr Fitri Suraya binti Mohamad Hapni Joblie, Dr Yakup bin Rafee (Anugerah Seni dan Kreativiti), Dr Dayang Hanani binti Abang Ibrahim dan Dr Nadianatra binti Musa (Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka) dan Puan Syaryfah Fazidawaty bin Wan Busrah (Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif ( Teradun).

Anugerah ICT Pengurusan dianugerahkan kepada pembangun sistem Modul ACADS iaitu Pusat Jaminan Kualiti dan Pembangunan Akademik dan Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia (CALM) menerima Anugerah Webometrics (Bukan Akademik) dan Fakulti Kejuruteraan untuk kategori akademik.

Selain itu antara penerima anugerah pengurusan adalah seperti berikut:

  1. Anugerah Kepemimpinan Pengurusan dan Profesional; Puan Dayang Nor Hajijah Awang Daud
  2. Anugerah Kepemimpinan Pelaksana: Encik Othman Bin Yusof
  3. Anugerah Staf Harapan Pengurusan dan Profesional: Encik Thomas anak Lamada
  4. Anugerah Staf Harapan Pelaksana: Encik Abu Bakar bin Musa Brahim

Manakala Anugerah Kecemerlangan Sukan diberikan kepada En Zamaludin bin Karim, diikuti oleh Anugerah Galakan Sukan diterima oleh Encik Mohamad Afif Zulhusmi bin Alet dan Cik Nor Azizah binti Isa.

Hadir merasmikan MAGU ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg Dato’ Dr Mohd Gazali bin Abas, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Ahli-ahli lembaga Pengarah UNIMAS, barisan pengurusan tertinggi UNIMAS ahli Majlis Dekan serta penerima-penerima anugerah dan staf-staf UNIMAS.

 
Attachment(s):
 
 
Demo