Events Calendar

Download as iCal file
JMIPT 2019 jadi Pusat Sehenti Bermaklumat
From Saturday 23 March 2019 -  08:00pm
To Tuesday 26 March 2019 - 05:00pm
Hits : 1267
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Jom1.jpg

Jom5Jom2

Jom3Jom4

KOTA SAMARAHAN, 23 Mac 2019 : Jom Masuk IPT 2019 (JMIPT) di Zon Sarawak yang bermula hari ini sesak dan padat dengan pengunjung sejak awal pembukaan bertempat di Mydin Mall Petra Jaya, Kuching.

JMIPT diadakan selama dua hari iaitu hari ini dan esok bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan merupakan peluang untuk pelajar meneroka peluang pengajian ke peringkat tinggi yang ditawarkan di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Perasmian JMIPT telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) , Puan Mazula Sabudin mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Binti Tapsir.

Dalam teks ucapan Datin Paduka Ir.Dr Siti Hamisah yang dibacakan oleh Puan Mazula menyatakan pihak Kementerian melihat program ini sebagai Signature Programme kepada KPM yang mana ianya memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat di dalam penyediaan program-program pengajian tinggi di Malaysia untuk berkumpul di atas satu platform yang amat signifikan dan sangat berimpak tinggi.

“ Ia adalah satu platform dan menjadi Pusat Sehenti Bermaklumat (One-Stop Centre) untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang dan ruang pendidikan tinggi di Malaysia khususnya mengenai urusan kemasukan ke institut-institut pengajian tinggi awam bagi sesi akademik 2019 / 2020,” katanya lagi.

Selain itu, dalam ucapan, turut ditekankan peranan Universiti yang tidak harus dilihat sebagai satu institusi gah yang hanya eksklusif kepada golongan cendikiawan, tetapi ianya haruslah terbuka kepada semua masyarakat.

Beliau berkata, ini kerana Universiti adalah gedung pelbagai jenis ilmu yang akan melahirkan bakal-bakal pemimpin negara, yang mampu menyelesaikan masalah sejagat dan yang paling utama, membentuk masyarakat Malaysia yang berilmu dan berfikiran mansang (ke hadapan).

“ Di era Malaysia Baharu ini, kita mahukan persepsi terhadap universiti berubah secara menyeluruh. Universiti mesti menjadi medan intelektual terbuka. Segala jenis ilmu, teori, idea, fahaman, kecenderungan pemikiran mesti didemokrasikan sesantun yang mungkin,” jelasnya lagi.


Sementara itu,
zon Sarawak merupakan zon kelima JMIPT 2019 dengan melibatkan lebih 50 pempamer terdiri dari agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

Antara pengisian aktiviti di sepanjang program berlangsung seperti Forum Kebolehpasaran Murid yang diadakan serentak dengan pameran pendidikan berlangsung untuk pengetua-pengetua sekolah menengah di Sarawak,pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), semakan syarat khas kelayakan program ke UA, Politeknik, kolej komuniti dan ILKA, taklimat kenali UA/Politeknik, Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, saringan kesihatan secara percuma kepada pengunjung oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS, persembahan kebudayaan dan persembahan nyanyian oleh penyanyi jemputan iaitu Najwa Latif.

JMIPT yang dulunya dikenali sebagai Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) merupakan signature programme” Kementerian Pendidikan Malaysia dan selaras dengan gagasan KPM iaitu Sekolah Untuk Komuniti dan Universiti Untuk Masyarakat dan berkonsepkan KPM Turun Padang dengan tiga nilai dan budaya teras iaitu cinta atau kasih sayang (love), kegembiraan atau kebahagiaan (happiness) dan saling menghormati (mutual respect).

JMIPT 2019 diadakan di enam zon bermula di zon Selatan iaitu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada 2 hingga 3 Mac 2019 dengan perasmian disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee bin Malik dan seterusnya lokasi berpindah ke dua zon serentak iaitu zon Sabah di Waterfront Mall Kota Kinabalu Sabah dan zon Utara di USM Pulau Pinang pada 9 hingga 10 Mac 2019.

Manakala lokasi keempat JMIPT 2019 adalah di zon Timur iaitu di Aeon Mall Kota Bharu Kelantan (16-17 Mac 2019), lokasi kelima di zon Sarawak iaitu di Mydin Mall Petra Jaya Kuching (23-24 Mac 2019) dan lokasi terakhir di zon Tengah di Maeps Serdang, Selangor pada 30 hingga 31 Mac 2019.

Antara objektif JMIPT adalah untuk mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program Pendidikan yang ditawarkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan institusi lain bagi Sesi Akademik 2019/2020, mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA melalui Upu Online dan menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke UA/Politeknik Premier yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Selain itu, JMIPT juga sebagai usaha untuk menyebarluas maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM / Setaraf dan STPM / Setaraf di peringkat Pendidikan program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama serta Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia dan mempromosi serta menyebarluas maklumat mengenai UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

JMIPT 2019 menyasarkan kumpulan pelajar yang sedang menduduki Pendidikan peringkat SPM / STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / diploma, calon lepasan SPM / STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / diploma dan lain-lain yang sedang menunggu keputusan, calon lepasan sijil dan diploma kemahiran Malaysia, guru bimbingan dan kaunseling, kaunselor, guru, Ibubapa dan penjaga dengan sasaran jumlah pengunjung adalah seramai 200,000 orang di seluruh negara.

 
Attachment(s):
 
 
Demo