Events Calendar

Download as iCal file
Pameran “eCITRA : Digital X Culture”– landasan kenali Sarawak dalam gaya digital
From Friday 22 March 2019 -  08:00am
To Tuesday 26 March 2019 - 05:00pm
Hits : 1544
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ecitra3.jpg

ecitra1ecitra2

Kuala Lumpur, 22 Mac 2019, Balai Seni Negara (NAG) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah bekerjasama dalam menjayakan pameran eCITRA 2019 yang diadakan bermula hari ini sehingga 15 April depan di Galeri 2B, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.

Pameran ini diadakan setiap dua tahun dan merupakan salah satu aktiviti pameran akademik dari pensyarah dan alumni Fakulti Seni Gunaan Kreatif (FSGK) UNIMAS sejak tahun 2005 lagi.

Ia merupakan landasan kepada pensyarah-pensyarah dan alumni FSGK untuk mempromosi dan mengiktiraf usaha-usaha kreatif dan inovatif mereka di pandangan masyarakat umum.

Pameran kali ini bertemakan “eCITRA Digital X Culture” dimana ideanya tercetus apabila kerajaan negeri Sarawak mengumumkan dasar tansformasi ekonomi digital (2017).

“ Ia juga merupakan inisiatif penganjur (UNIMAS dan NAG) untuk idea dan pendapat mengenai gaya hidup dan budaya masyarakat Sarawak yang berbilang kaum dan dipersembahkan dalam bentuk karya kreatif menggunakan gabungan elemen inovasi, penyelidikan dan teknologi ” kata Kurator eCITRA, Siti Shahida Kamel

Terdapat 25 karya berbentuk konvensional (catan) dan digital (seperti Augmented Reality (AR), manipulasi digital, QR Code, seni bunyi, video, filem, animasi, instalasi, projection mapping dan fotografi) dari 35 orang pengkarya akan dipersembahkan dalam pameran ini.

Antara pengkarya-pengkarya terlibat terdiri daripada Sylvester Wielding Jussem, Bartolomew Andoy, Yakup Mohd Rafee, Asrul Asshadie, Alexander, Fhytullah Hamzah, Ahmad Azaini, Terry Lucas, Auzani Zeda, Hasnizam Abdul Wahid, RH. Hasan, Mohamad Faizuan Mat, Salmiah Abd Hamid, Qistina Donna Lee, Teo Miaw Lee, Aliffazraie Jali, Muhyiddin Mohammed, Yow Chong Lee, Mohd Affendi Azizan, Saiful Bahari, Samsur Mohamad, Musdi Shanat, Mohamad Zamhari Abol Hassan, Endang Lestari, Ang Tse Chwan, Noorhaslina Senin, Syaryfah Fazidawaty, Maizatul Nurhuda, Wan Jamarul Imran Wan Abdullah Thani, Abdul R Dim, Siti Shahida Kamel, Mohamad Bahiri Ahmad, Mohd Shahmin Sahari, Md. Arie Amizam dan Faridah Sahari

Antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang pameran ini berlangsung seperti bicara seni yang membentangkan tiga kertas kerja yang bertajuk “The Mun Dane Journey”, “Pesaka Manah: An Iban Living Legacy” dan “A Retrospective View of Art and Technology at the Faculty of Apply and Creative Arts”.

 
Attachment(s):
 
 
Demo