Events Calendar

Download as iCal file
PAMERAN “eCITRA : Digital X Culture”– KENALI SARAWAK DALAM GAYA DIGITAL
Friday 22 March 2019
Hits : 1417
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

eCitra 22March2019 5

Kuala Lumpur, 22 Mac 2019, Balai Seni Negara (NAG) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan bangganya membawakan untuk tatapan khalayak, Pameran ECITRA 2019. Pameran ini merupakan salah satu daripada aktiviti pameran akademik utama dari pensyarah dan alumni Fakulti Seni Gunaan Kreatif (FSGK) UNIMAS yang telah diadakan sejak tahun 2005. Pameran setiap dua tahun ini  merupakan platform mengiktiraf dan mempromosi terhadap usaha-usaha kreatif, inovatif, Kajian dan teknologi  secara ilmiah oleh tenaga-tenaga pengajar dan alumni fakulti. Selain itu, pameran ini dirangka sebagai jalinan hubungan FSGK UNIMAS dan agensi lain yang mempunyai matlamat yang sama.

Seni digital atau dikenali Media Baru di Malaysia mulai dipraktikkan oleh Kamarulzaman Mat Isa dengan mengabungkan rekaan grafik dan seni halus. Antara pameran terawal yang dianggap penting dalam penggunaan media sebegini adalah pameran solo ‘Digital Collage’ atau Kolaj Digital oleh Ismail Zain sekitar tahun 80an memperlihatkan media ini mula mendapat tempat oleh pengkarya di negara ini. Penerokaan awal ini mula diperkembangkan secara serius 10 tahun kemudian dalam Pameran Seni Elektronik Pertama (PSEP) diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada 1997 untuk mempertemukan penggunaan media baru dalam seni dengan pengkajian yang lebih saintik oleh dua orang kurator Hasnol Jamal Saidon dan Niranjan Rajah yang pada masa itu merupakan tenaga pengajar di Fakulti Seni Gunaan dan Media Baru UNIMAS. UNIMAS menjuarai usaha mengangkat seni digital atau media baru tanah air dengan konsisten menganjurkan pameran seni digital seperti ‘DNA – Hybrid’ 2005,Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, ‘Hybrid+ism’ 2007 di Balai Seni Lukis Sabah, Kota Kinabalu, 2010 di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2012 di Galeri FSGK sempena sambutan ulang tahun UNIMAS ke 20 dan 2016 di Balai Seni Lukis Sabah.  

ECITRA 2019, mempersembahkan 25 karya berbentuk konvensional (catan)  dan digital (seperti Augmented Reality (AR), manipulasi digital, QR Code, seni bunyi, video, filem, animasi, instalasi, projection mapping dan fotografi) dari 35 orang pengkarya yang telah menghasilkanya secara individu dan ada yang secara berkumpulan. Mereka yang terlibat adalah Sylvester Wielding Jussem, Bartolomew Andoy, Yakup Mohd Rafee, Asrul Asshadie, Alexander, Fhytullah Hamzah, Ahmad Azaini, Terry Lucas, Auzani Zeda, Hasnizam Abdul Wahid, RH. Hasan, Mohamad Faizuan Mat, Salmiah Abd Hamid, Qistina Donna Lee, Teo Miaw Lee, Aliffazraie Jali, Muhyiddin Mohammed, Yow Chong Lee, Mohd Affendi Azizan, Saiful Bahari, Samsur Mohamad, Musdi Shanat, Mohamad Zamhari Abol Hassan, Endang Lestari, Ang Tse Chwan, Noorhaslina Senin, Syaryfah Fazidawaty, Maizatul Nurhuda, Wan Jamarul Imran Wan Abdullah Thani, Abdul R Dim, Siti Shahida Kamel, Mohamad Bahiri Ahmad, Mohd Shahmin Sahari, Md. Arie Amizam dan Faridah Sahari

Pameran kali ini,  mengunakan tema “eCITRA Digital X Culture”, dimana Ideanya tercetus apabila kerajaan negeri Sarawak mengumumkan dasar tansformasi ekonomi digital (2017). Menurut kuratornya, Siti Shahida Kamel “Pameran ini merupakan satu inisiatif penganjur (UNIMAS dan NAG) berkongsi kepada khalayak terutamanya di Semenanjung mengenai gaya hidup dan budaya masyarakat Sarawak yang berbilang kaum dan dipersembahkan dalam bentuk karya kreatif menggunakan gabungan elemen inovasi, penyelidikan dan teknologi ” Turut bersama mengkuratorkan pameran ini Encik Mohd Faizuan Mat.

Pameran ini berlangsung mulai 22 Mac 2019 sehingga 15 April 2019 di Galeri 2B Balai Seni Negara. Bagi menyokong pameran ini sesi Bicara Seni berlangsung pada 23 Mac 2019 di Auditorium Balai Seni Negara mulai jam 10.30 pagi hingga 3.00 petang. Sesi ini membentangkan 3 kertas kerja yang bertajuk “The Mun Dane Journey”, “Pesaka Manah: An Iban Living Legacy” dan “A Retrospective View of Art and Technology at the Faculty of Apply and Creative Arts” . Orang ramai adalah dijemput hadir.

 

eCitra 22March2019 6

 
Attachment(s):
 
 
Demo