Events Calendar

Download as iCal file
KEJOHANAN OLAHRAGA MAKSAK SARAWAK 2019
Tuesday 12 March 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2979
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DSC_0697.jpg

KUCHING, 10 MAC - Kejohanan Olahraga Maksak Sarawak 2019 telah berlangsung selama 3 hari pada 8 Mac -10 Mac 2019 bertempat di Stadium Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Sebanyak 11 Jabatan Persekutuan dan Negeri telah menyertai kejohanan tersebut iaitu SEDC Sarawak, Jabatan Kimia Sarawak, Kelab Kakitangan UiTM Sarawak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kelab Perubatan Sarawak, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), PSKPP Sarawak (Pendidikan), Kuching Port (KuPort), Land And Survey, Jabatan Ketua Menteri, dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selaku tuan rumah.

Antara objektif penganjuran kejohanan ini ialah menggalakkan penyertaan aktif di kalangan penjawat awam untuk berkecimpung di dalam sukan olahraga, menyemai serta menggalakkan semangat kesukanan yang tinggi dan semangat berpasukan di kalangan penjawat awam, mengeratkan silaturahim dan menggalakkan kerjasama yang lebih erat di kalangan jabatan @ kelab yang bertanding dan melahirkan penjawat awam yang sihat, cergas, cerdas, bertanggungjawab dan berwibawa.

Seramai 511 atlet, pegawai dan petugas yang terlibat dalam memastikan kelangsungan dan kelancaran kejohanan selama tiga hari tersebut.

Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) muncul Juara Keseluruhan Kejohanan Olahraga MAKSAK Sarawak 2019 apabila memperolehi 18 Emas, 12 Perak, dan 25 Gangsa untuk menewaskan pasukan-pasukan lain. Naib Johan menjadi milik pasukan Pendidikan dengan 16 Emas, 17 Perak, dan 14 Gangsa. Pasukan tuan rumah, UNIMAS berada di tempat ketiga keseluruhan apabila memperolehi 15 Emas, 23 Perak, dan 8 Gangsa.

Bagi Kategori Lelaki pula, pasukan UNIMAS mengungguli apabila dinobatkan sebagai Johan Kategori Lelaki dengan 12 Emas, 19 Perak dan 4 Gangsa dan pasukan Perubatan pula menjadi Johan Kategori Wanita dengan 9 Emas, 8 Perak dan 4 Gangsa.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak merangkap Yang Dipertua MAKSAK Sarawak.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet yang telah menyertai kejohanan pada edisi kali ini. Ucapan jutaan terima kasih juga buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan pada kali ini. Diharapkan kita akan berjumpa lagi pada edisi yang akan datang.

(Untuk melihat gambar-gambar sepanjang berlangsungnya kejohanan ini, sila layari laman web rasmi Pusat Sukan UNIMAS http://www.sports.unimas.my dan klik pada Photo Gallery.)

 
Attachment(s):
 
 
Demo