Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan SMK Tun Abang Haji Openg ke Muzium Anatomi dan Patologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Monday 11 March 2019
Hits : 1963
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1.jpg

Pada 19 Februari 2019, pihak Muzium Anatomi dan Patologi telah menerima rombongan pelawat daripada SMK Tun Abang Haji Openg seramai 34 orang pelajar Tingkatan 5 (Aliran Sains) dan 2 orang guru pengiring.

Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyemai minat kepada para pelajar terhadap bidang sains perubatan. Selain daripada itu, pelawat juga mendapat ilmu kesihatan dan info mengenai penyakit serta mendapat maklumat tentang penjagaan kesihatan.

Lawatan ini telah dikendalikan oleh Juruteknologi Makmal Perubatan iaitu Puan Azimah Binti Haji Ahmad dan Cik Whilemena Upam ak Herman Ulok.

Laporan disediakan oleh Puan Munirah Binti Sa’adi.

 

2

 

3

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo