Events Calendar

Download as iCal file
KEJOHANAN BOLA BALING TERBUKA IPT UNIMAS 2019
Tuesday 05 March 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2083
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DSC_05683.jpg

 

Pada 2 dan 3 Mac 2019 yang lalu, Unit Bola Baling Kelab Sukan & Rekreasi Kolej Cempaka telah menganjurkan Kejohanan Bola Baling Terbuka IPT UNIMAS 2019 di Arena Futsal, Arena Tun Tuanku Haji Bujang.

 

Kejohanan dua hari tersebut telah disertai oleh 15 pasukan yang melibatkan 9 pasukan untuk kategori lelaki manakala sebanyak 6 pasukan untuk kategori wanita.

 

Untuk kategori wanita, pasukan FAM UNION membuktikan kehebatan mereka apabila menewaskan POLITEKNIK KUCHING di perlawanan akhir untuk muncul juara. Tempat ketiga pula menjadi milik tuan rumah, UNIMAS selepas menewaskan IPTARIAN dalam penentuan tempat ke 3/4.

 

Kategori lelaki pula diungguli oleh pasukan PSK JR yang menewaskan pasukan SAHA HC dalam perlawanan akhir. Pasukan tuan rumah iaitu UNIMAS A terpaksa berpuas hati di tempat ke-4 selepas tewas kepada pasukan POLITEKNIK KUCHING dalam penentuan tempat ke 3/4.

 

Majlis penyampaian hadiah dan penutupan telah disempurnakan oleh Encik Sarmizi Mohd Daud, Felo Kolej Cempaka/Penasihat Kelab Sukan Rekreasi Cempaka (KSRC) yang juga merupakan Penolong Pendaftar, Bahagian Pembangunan Modal Insan.

 

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah menyertai kejohanan ini. Semoga kejohanan seumpama ini akan diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang.

 
Attachment(s):
 
 
Demo