Events Calendar

Download as iCal file
PUSAKA catat pengambilan kedua bagi Program Pereka Muda
From Wednesday 23 January 2019 -  08:00am
To Thursday 24 January 2019 - 05:00pm
Hits : 971
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
SKM_28719020809420.jpg

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) mencatatkan pengambilan keduanya bagi Program Pereka Muda(POYOD) baru-baru ini.

Graduan Reka Bentuk Perindustrian daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu akan memulakan latihan industri bersama dua syarikat tempatan.

Mereka akan menyertai latihan industri mengenai reka bentuk perabot selama setahun bersama Shin Yang Laminated Board Sdn Bhd di Miri dan Giovanni Wood Industries di Kuching bermula 3 Januari lepas.

Pasukan yang terdiri daripada sembilan peserta POYOD itu dipilih berdasarkan penilaian dan penyertaan mereka dalam Pertandingan Rekaan Perabot yang dianjurkan UNIMAS dan PUSAKA pada 2018.

Program latihan POYOD yang dibangunkan PUSAKA dengan kerjasama UNIMAS sejajar dengan visi perbadanan untuk mengubah industri dan meningkatkan pertumbuhan industri perabot di Sarawak.

Objektif utama program latihan ini adalah untuk melahirkan pereka perabot berbakat dan mahir dalam industri perabot Sarawak.

Pembangunan program ini disokong oleh Lembaga Pengurusan PUSAKA.

“Program POYOD adalah program yang sangat baik kerana ia merupakan yang pertama dan satu-satunya untuk graduan baharu dalam Reka Bentuk Industri bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam reka bentuk perabot.

“Selain itu, dalam jangka panjang program ini akan memberi manfaat kepada industri perkayuan dan Sarawak,” kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sempena program diadakan baru-baru ini.

Program latihan indusrti setahun POYOD di Shin Yang Laminated Board Sdn Bhd dan Giovanni Wood Industries Sdn Bhd akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta.

Ia termasuk proses reka bentuk, pengeluaran dan pemasaran yang dapat meningkatkan keusahawanan mereka sehingga meningkatkan kebolehpasaran dalam industri kayu di Sarawak.

Pengurus Besar PUSAKA Hashim Bojet berkata: “Program latihan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran siswazah dalam reka bentuk tetapi turut  memberi manfaat kepada syarikat dalam membangunkan pasaran baharu untuk perabot di peringkat antarabangsa.”

Semasa penempatan, peserta POYOD akan dilatih melalui penyiapan projek yang menyasarkan pada pendedahan antarabangsa.

Pada tahun ini, PUSAKA akan mengambil bahagian dalam pameran perabot antarabangsa di India dan Dubai bagi mempromosikan perabot yang dihasilkan oleh syarikat berdasarkan reka bentuk yang dibuat oleh peserta POYOD.

“PUSAKA berharap melalui penyertaan kami dalam pameran ini, ia akan menjadi satu kejayaan bagi perabot Sarawak di peringkat antarabangsa,” kata Hashim.

Sumber : Utusan Borneo

 
Attachment(s):
 
 
Demo