Events Calendar

Download as iCal file
UNIMASfm dan TV UNIMAS dilancar hari ini
Thursday 24 January 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1455
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
FM5.jpg

FM3FM4

Kota Samarahan, 23 Januari 2019: Sejarah tercipta pada hari ini dengan pelancaran UNIMASfm dan TV UNIMAS. Majlis ini telah dilancarkan oleh YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS di mini studio, Bahagian Endowmen dan Wakaf.

UNIMASfm boleh dilayari di www.endowment.unimas.my. Radio kampus yang diinisiatif dan diusahakan oleh Bahagian Endowmen dan Wakaf ini akan menjadi medium komunikasi dalaman warga kampus samada pelajar dan staf dengan pihak luar.

Setakat ini lebih 20 rakan industri telah memberi sokongan dalam bentuk tajaan. UNIMAS mengalu-alukan lebih ramai lagi syarikat korporat, agensi awam dan swasta, para alumni serta mana-mana individu yang sudi bekerjasama dan memberi sokongan kepada Radio dan TV UNIMAS samada dalam bentuk latihan, motivasi, perkongsian tips keusahawanan, informasi kerjaya dan tajaan.

Pengwujudan UNIMASfm ini juga membuka peluang untuk mengasah bakat-bakat baru di kalangan staf dan pelajar dalam dunia komunikasi penyiaran.

Majlis pelancaran ini dihadiri oleh pegawai pengurusan utama UNIMAS, para dekan dan pengarah UNIMAS. Dj radio tempatan, Ardin Belarek turut hadir memberi sokongan kepada kesungguhan usaha murni UNIMAS ini. Beliau telah berada di konti UNIMASfm untuk bersiaran secara langsung selaku Dj jemputan pada majlis pelancaran ini.

Pelbagai slot dan rancangan menarik telah disusun untuk siaran akan datang dan penglibatan lebih ramai pihak adalah amat diharapkan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ketua Bahagian Endowmen dan Wakaf, UNIMAS di talian 082-581231 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 
Attachment(s):
 
 
Demo