Events Calendar

Download as iCal file
Amanat NC supaya warga UNIMAS terus kekal relevan, tingkatkan kualiti dan galas amanah kerja sewajarnya.
From Wednesday 23 January 2019 -  02:02pm
To Thursday 24 January 2019 - 05:00pm
Hits : 2337
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
amanat3.jpg

amanat1amanat2

amanat4amanat6

Kota Samarahan, 23 Januari 2019 – Amanat Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 2019, YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi telah berlangsung hari ini bertempat di Dewan Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, UNIMAS.

Amanat tersebut yang bertemakan ‘Nurturing Future Graduate, Strengthening Teaching Excellence, Enhancing Student Experience’ telah dihadiri oleh lebih 2,000 kakitangan Universiti ini yang terdiri daripada kakitangan akademik dan bukan akademik.

Dalam ucapan, Naib Canselor mengucapkan rasa penghargaan kepada semua warga UNIMAS atas kejayaan dan kecemerlangan usaha sepanjang tahun lepas yang dipercayai dipacu oleh oleh nilai-nilai teras Universiti iaitu integriti, inovasi, keikhlasan, ketabahan dan keserakanan dalam kalangan warga Universiti.

Dalam amanat tahun ini, Naib Canselor menekankan perkara-perkara berkaitan keperluan pembelajaran pelajar, pembangunan staf, geran aktiviti kesarjanaan dalam pengajaran-pembelajaran (SoTL) untuk program akademik, pengiktirafan kecemerlangan pengajaran, pengalaman pelajar melalui transformasi kurikulum, Myportfolio, radio kampus, penjenamaan semula PTj dan sebagainya.

Naib Canselor berkata, tema amanat tahun ini juga adalah selaras dengan keperluan untuk menyediakan graduan yang benar-benar bersedia bagi memenuhi keperluan masa hadapan dan berkembang maju dalam dunia yang sentiasa berubah.

Oleh itu, sambung beliau, dalam memenuhi tuntutan dan keperluan tersebut, pemerkasaan sistem dan amalan sedia ada serta pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu yang memberi fokus kepada ‘Strengthening Teaching Excellence’ dan ‘Enhancing Student Experience’ akan dilaksanakan secara holistik.

“ Pendidikan seharusnya memberi tumpuan kepada nilai teras yang dibina bersama iaitu dicinta atau kasih sayang (love), kegembiraan atau kebahagiaan (happiness) dan saling menghormati (mutual respect). Tema amanat tahun ini juga seiring dengan hasrat dan harapan YB Menteri yang telah diadakan pada 14 Januari 2019 di Universiti Putra Malaysia lepas.”

Katanya, amanat Menteri Pendidikan telah menekankan beberapa perkara khususnya dalam melahirkan insan yang berfungsi di tengah- tengah setiap komuniti dan masyarakat dan ia amat signifikan dalam mengembalikan wibawa Universiti awam, sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang dapat memberi fokus kepada pendidikan berteraskan nilai, peningkatan kualiti seluruh sistem serta autonomi dan akauntabiliti Universiti.

Di samping itu, empat hala tuju Universiti Awam iaitu kualiti, autonomi, kolaborasi dan pengantarabangsaan perlu digerakkan seiring dengan UNIMAS Strategy Map 2016-2020 untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan dan latihan, kecemerlangan ekosistem inovasi, kesohoran global dan kelestarian portfolio kewangan.

“ Kemajuan dan kejayaan yang ditempa pada hari ini bukanlah alasan untuk kita berpuas hati. Jika dibandingkan dengan universiti-universiti berprestij dunia yang lain,kita sebenarnya masih jauh ke belakang. Atas dasar ini kita perlu meningkatkan kualiti kerja dan meletakkan amanah yang digalas di tempat yang sewajarnya,” sambung beliau.

Beliau turut berharap agar universiti ini kekal relevan pada masa kini dan masa hadapan dan percaya pelbagai inisiatif dan penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi mendepani cabaran dan perubahan semasa seperti gelombang teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

 
Attachment(s):
 
 
Demo