Events Calendar

Download as iCal file
Pertandingan Video Pendek Old Kuching Heritage
Monday 07 January 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1294
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
a.jpg

KUCHING, 28 Disember 2018, Majlis penyampaian Sijil dan Hadiah Pertandingan Video Pendek Old Kuching Heritage telah diadakan di Hotel Dormani, Kuching. Terdapat 2 kategori dipertandingkan iaitu Kategori Professional dan Pelajar. Seramai 13 orang pelajar Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS telah disenarai pendek untuk pemenang kategori pelajar. Paling menggembirakan tempat pertama, kedua dan ketiga telah dibolot oleh pelajar-pelajar Program pengajian Sinematografi, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS.

Vivian Wong Yu Yin dengan video bertajuk ‘myKuching’ telah muncul sebagai pemenang tempat pertama dengan membawa pulang wang sebanyak RM5,000 beserta sijil penyertaan. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Nurul Hikmah Begum Ali Sabri, menerima wang kemenangan sebanyak RM3,000 dengan tajuk karya Banke at Carpenter Street, Kuching. Akhir sekali wang tunai bernilai RM2,000 telah menjadi milik Elizerbeth Patterson iaitu pemenang tempat ketiga dengan video bertajuk Kuching Waterfront Heritage.  Majlis penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Wakil Timbalan Setiusaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) iaitu Prof. Ir Dr Al-Khalid Bin Othman. Menurut beliau pertandingan ini akan diadakan pada setiap tahun dan ianya merupakan salah satu platform untuk mempromosikan bandaraya Kuching sebagai destinasi pelancongan warisan dunia.

(Artikel disediakan oleh Prof. Madya Dr Musdi Shanat, Timbalan Dekan Prasiswazah, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS)

 
Attachment(s):
 
 
Demo