Events Calendar

Download as iCal file
Program FSKPM UNIMAS dapat sambutan mengalakkan
Friday 28 December 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1765
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
taufan kasih1.jpg

 

taufan kasih2taufan kasih3

taufan kasih 4

Kota Samarahan, 28 Disember 2018 : Program Jom Berambeh dan Taufan Kasih kali ketiga diadakan telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa, baru-baru ini.

Program yang berkonsepkan aktiviti pembelajaran yang berorientasikan ‘Service Learning’ itu telah disertai oleh 82 orang pelajar tahun akhir Program Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), UNIMAS, yang mengambil kursus Pengurusan Prestasi (KMS 3033).

Program ini bertujuan untuk mendekatkan hubungan antara pelajar universiti dan komuniti setempat selain menjalankan aktiviti bersama dan memupuk semangat prihatin dan jati diri dalam kalangan pelajar.

Menerusi aktiviti yang dilakukan, pelajar dapat merasai sendiri kehidupan di kampung dan bermesra dengan semua penduduk yang terlibat seta menjalin hubungandan situasi ‘menang-menang’ antara komuniti universiti dan komuniti kampung.
Hadir merasmikan program ini ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dekan, Datuk Dr. Sim Kui Hian. Turut hadir ialah Dekan FSKPM, Dr. Surena binti Sabil, Pensyarah dan Penyelaras kursus Pengurusan Prestasi (KMS3033), Profesor Dr Rusli Ahmad, Ketua-ketua masyarakat, Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Ahli Jawatan Kuasa Masjid Darus Sakinah dan penduduk kampung.

Dalam ucapan, Datuk Dr. Sim Kui Hian dalam ucapan perasmiannya menekankan kepentingan konsep ‘Universiti - Komuniti’ di mana beliau percaya dengan adanya hubungan baik di antara pihak Universiti dan komuniti, menguntungkan semua pihak dan memberi nilai tambah kepada pelajar sebagai siap-siaga menempuh alam pekerjaan kelak.

Beliau mengucapkan tahniah kepada FSKPM dan UNIMAS kerana berjaya menganjurkan aktiviti berkenaan yang kini berterusan selama lima tahun ini dan telah menjadi contoh aktiviti yang baik untuk diaplikasikan ke dalam konteks komuniti.

Sementara itu, Program Jum Berambeh dan Tautan Kasih bermula dari jam 7:30 pagi dengan aktiviti zumba bersama penduduk kampung dan ahli Kelab Zumba Kampung Sinar Budi Baru seterusnya aktiviti susulan lain seperti gotong-royong membersihkan kawasan dan kemudahan awam, pertandingan mewarna, pameran dari agensi-agensi kerajaan, ceramah kerjaya dan motivasi, aktiviti sukaneka dan ceramah umum dari penceramah jemputan.

Antara agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam program sehari ini ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), BOMBA, AmBank dan Lembaga Koko Malaysia, Cawangan Sarawak.

 
Attachment(s):
 
 
Demo