Events Calendar

Download as iCal file
‘KECERIAAN FPSK’ PENCETUS NILAI KESUKARELAWANAN PELAJAR
Monday 26 November 2018
Hits : 1606
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Main.jpg

 

‘KECERIAAN FPSK’ PENCETUS NILAI KESUKARELAWANAN PELAJAR

RABU-14 & 21 November 2018: Pelajar tahun 1 program perubatan dan kejururawatan telah menjalankan pelbagai aktiviti kesukarelawan berskala kecil bertemakan ‘Projek Keceriaan FPSK’ sebagai projek kesukarelawanan yang turut dinilai melalui kursus generik PPD1041 Kemahiran Insaniah dan Asas Kesukarelawanan. Pelajar telah dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil dan telah di selia oleh 6 fasilitator kursus PPD1041 yang terdiri dari kalangan pensyarah Fasa 1 FPSK.

Pelajar telah bekerjasama dengan staf dan pegawai pentadbiran fakulti bagi menjayakan aktiviti kesukarelawanan tersebut. Prof. Dr. Hj. Ahmad Hata bin Rasit, Dekan FPSK juga telah menyokong penuh program seumpama ini dan telah meluluskan bajet kecil bagi merialisasikan projek. Antara projek kesukarelawan yang telah dijalankan termasuklah mural di kawasan tangga, aktiviti tanaman herba dan menaiktaraf landskap fakulti, projek keceriaan bilik loker, pembersihan pusat sumber FPSK, keceriaan pejabat am dan pantri staf, pembersihan bilik PBL, keceriaan kawasan ‘Taman Burung’, bantuan penyediaan tanda amaran/ kecemasan sekitar fakulti, gotong royong di Pusat Rehabilitasi dan Makmal Keterampilan Klinikal, pembersihan surau pelajar, penyediaan makanan bagi sukarelawan dan merangka poster infografik asas kesihatan untuk tatapan disekitar fakulti.

Projek kesukarelawanan yang telah dijalankan diharap akan menjadi pencetus kepada nilai kesukarelawanan dalam diri pelajar sekaligus menerapkan komponen kemahiran insaniah yang telah diperkenalkan dalam subjek PPD1041.

 

1

Mural elemen asas perubatan yang direka oleh pelajar disekitar kawasan tangga untuk tarikan warga FPSK menggunakan tangga dan sebagai latihan kardio

 

2

Persiapan motivational wall di ruang lapang ‘Taman Burung’

 

 

3

 

 

4

Gotong royong membersihkan bilik PBL

 
Attachment(s):
 
 
Demo