Events Calendar

Download as iCal file
GDBK usaha perkasakan Bahasa Melayu
From Thursday 22 November 2018 -  04:00pm
To Monday 26 November 2018 - 05:00pm
Hits : 1658
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Dekad4.JPG

Dekad1Dekad2

Dekad3Dekad5

KOTA SAMARAHAN, 22 November 2018 : Sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan (GDBK) yang dulunya dikenali sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan usaha terbaik dalam menarik minat masyarakat memperkasakan Bahasa Melayu melalui pelbagai program Bahasa mahupun aktiviti sastera.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, usaha kerajaan menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka telah merealisasikan program pembinaan dan pengembangan bahasa di negara ini.

“ Sebagai contoh, kerja pembinaan korpus Bahasa Melayu termasuk kosa kata dan istilah dari pelbagai bidang ilmu serta pemantapan sistem tatabahasa dan ejaan telah diberi penekanan yang utama.

“ Justeru, saya menyeru warga UNIMAS untuk mengamalkan nilai ini dan tanpa mengira golongan pensyarah, staf-staf pelaksana mahupun pelajar, sematkan dalam minda dan terapkan dalam diri kita bahawa aspek bahasa harus jua diberi keutamaan supaya kita dapat memahami peri pentingnya bahasa dalam pembinaan negara,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa berucap dan sekaligus merasmikan perasmian GDBK Peringkat Zon Sarawak 2018 di DeTAR PUTRA, UNIMAS pagi tadi.

Naib Canselor menambah, pihak Universiti sememangnya cakna untuk memastikan bahasa Melayu terus dihayati dan antara usaha UNIMAS adalah memperkenalkan salah satu kursus generik dalam bahasa Melayu dan menjadi subjek wajib bagi setiap pelajar.

Malahan, katanya, pelajar UNIMAS dari negara luar ( antarabangsa) turut mengambil subjek wajib bahasa Melayu dalam kod PBM dan MPU.

Dalam pada itu, GDBK merupakan kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) yang diperkenalkan pada tahun 1999 dengant ujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera.

Pada tahun 2009, BBSN telah dijenamakan semula dan dikenali sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) dengan matlamat utama untuk memperkuat kecintaan dan kemegahan kepada bahasa dan sastera kebangsaan, memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia, mempererat dan memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui kegiatan kebahsaan dan menjadikan bahasa dan sastera sebagai salah satu asas pembinaan tamadun bangsa.

Setelah sembilan tahun pelaksanaan BBK, program ini sekali lagi dijenamakan semula dan dikenali sebagai GDBK iaitu merupakan cetusan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Mazlee bin Malik, yang mahukan pengisian ke arah meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

GDBK 2018 Peringkat Zon Sarawak merupakan anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dengan UNIMAS, yang juga disokong oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan pelbagai agensi yang lain.

 
Attachment(s):
 
 
Demo