Events Calendar

Download as iCal file
SK Agama Lawas terima sumbangan STEM daripada UNIMAS
From Saturday 17 November 2018 -  08:00am
To Thursday 22 November 2018 - 05:00pm
Hits : 1972
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
lawas3.jpg

 

lawas4sk mis 4

lawas2

Lawas, 17 November 2018: Rombongan dari  Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah berkunjung ke SK Agama (MIS) di Lawas untuk penyerahan STEM Education Lab yang disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi .

Dalam kunjungan tersebut, UNIMAS telah menyediakan fasiliti lengkap STEM education tools yang bernilai lebih kurang RM125,000.00 untuk kemudahan makmal berkenaan. Dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berkenaan telah di sumbangkan oleh YB Datuk Amar Hj Awang Tengah Bin Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.82 Bukit Sari.

STEM Education Lab ini merupakan satu usahasama Kerajaan Negeri Sarawak dan UNIMAS bertujuan untuk meningkatkan peratusan pelajar dalam jurusan/bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dan difokuskan seawalnya kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Ia juga merupakan satu usaha UNIMAS untuk bersama komuniti.

Dalam ucapan perasmian beliau, YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS berharap usaha UNIMAS ini akan meningkatkan minat pelajar dalam pengajian bidang STEM dan berupaya meningkatkan kepakaran dalam bidang STEM di Negeri Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Majlis turut dihadiri YB Dato Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Lawas, YBhg Tuan Hj Abang Mat Ali Bin Abang Masagus, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, YBhg Prof Ir Dr Al-Khalid Osman, Timbalan Ketua Saintis dan Ketua Penasihat Kepada Kerajaan Negeri Sarawak, Bendahari UNIMAS, Dekan dan Pengarah UNIMAS serta guru-guru dan pelajar SK Agama (MIS) Lawas.

 
Attachment(s):
 
 
Demo