Events Calendar

Download as iCal file
Sumbangan komputer terpakai kepada sekolah-sekolah dan organisasi
From Monday 19 November 2018 -  08:00pm
To Tuesday 20 November 2018 - 05:00pm
Hits : 2017
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
sumbangan komputer1.jpg

 

sumbangan komputer2

KOTA SAMARAHAN, 19 November 2018 – Sebanyak 142 buah komputer terpakai telah disumbangkan kepada 24 buah sekolah dan lima (5) buah persatuan dan organisasi bukan kerajaan bertempat di Bilik Serindit, DeTAR PUTRA UNIMAS hari ini.

Sumbangan tersebut sebagai satu usaha tanggungjawab sosial korporat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi menyokong inisiatif bidang IT terutamanya di sekolah-sekolah.

Antara sekolah-sekolah yang menerima sumbangan komputer terpakai ini ialah SK Astana, SK Dato Mohd. Musa, SK Jalan Muara Tuang, SK Kg. Empila, SK Semerah Padi, SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud Sadong Jaya, SMK Wira Penrissen, SK Satria Jaya, SK Sungai Ba, SK St. John(M) Sebayor, SK Sarikei, SK Agama (MIS) Sarikei, SMK Datuk Patinggi Hj Abdul Gapor, SK Udin, SK Munggu Lallang, SK Sageng, SK Abang Man, SK Jaie, SK St. Teresa, SK Buntal, SK Endap, SK Nangar, SK Tebelu dan SMK (BM) Saratok

 

Turut menerima adalah Persatuan Kemajuan Melayu Saribas, Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Komuniti 1Malaysia Jalan Bako, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Nyabor dan Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer (PVTKR).

 

Penyerahan komputer tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Hj Suaidi.

 

Turut hadir ialah En Thomas Kanyan ak Siam wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

 
Attachment(s):
 
 
Demo