Events Calendar

Download as iCal file
Cerita Menarik Konvokesyen: Penerima Anugerah Pelajaran di Raja Kong En Yie, CGPA 3.99 jurusan Sarjana Muda Pengkomputeran Rangkaian
Thursday 08 November 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 4537
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
konvo18_216_20181029__LAN8950.jpg
Dapat 4.00 flat selama 6 semester! Biar betul graduan Unimas ni, minum 'air rebusan buku' ke?
MUHAMMAD IQBAL RAMLAN 2 November 2018 

SEORANG graduan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menjadi tular melalui status-status oleh @ConfessUnimas di Twitter baru-baru ini gara-gara berjaya mendapat Nilai Gred Kumulatif (NGK) 4.00 sebanyak enam semester dari tujuh semester selain berjaya mendapat Anugerah Dekan bagi setiap semester.

Ramai netizen kagum dan memberikan reaksi 'lucu' merujuk 'kegeligaan' penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen Unimas Ke-22 Selasa lalu, di status Twitter berkenaan.

Antara status lucu itu; “sah sah minum air rebusan buku lepas abis study”. Ada juga yang tertanya-tanya, apa yang penuntut tersebut makan sehingga berjaya memperoleh keputusan sebegitu.

Antara ciapan 'lucu' pada status Twitter merujuk kepada 'kegeligaan' Regine.

Antara ciapan 'lucu' pada status Twitter merujuk kepada 'kegeligaan' Regine.

Regine Kong En Yie, 24, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengkomputeran Rangkaian ini telah berjaya menamatkan pelajarannya dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.99.

Menurut gadis berasal dari Perak ini ketika dihubungi kampusuols.com, keluarga merupakan motivasi utamanya.

Regine bersama ibu dan bapanya semasa Majlis Konvokesyen Unimas baru-baru ini.

Regine bersama ibu dan bapanya semasa Majlis Konvokesyen Unimas baru-baru ini.

“Mereka meletakkan harapan yang tinggi terhadap saya. Mereka juga banyak memberi nasihat, galakan dan sokongan. Jadi, saya berazam untuk bekerja keras untuk menjadi lebih bagus dan membuatkan mereka bahagia. Apabila saya berasa letih, saya akan bayangkan suasana mereka menghadiri majlis graduasi saya dengan rasa gembira dan bangga. Itu membuatkan saya kembali bertenaga dan terus maju ke hadapan tanpa rasa teragak-agak,” ujar Regine.

Selain itu, dia mengaitkan kejayaannya dengan sokongan daripada pensyarah-pensyarahnya yang sentiasa membantu secara penuh sepanjang empat tahun pengajiannya.

“Saya rasa sangat bertuah kerana semua pensyarah saya telah banyak membantu dan sanggup membimbing saya dengan sabar.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Dekan Fakulti saya, Dr. Johari Abdullah, Timbalan Dekan dan juga mentor saya, Dr. Kartinah Zen dan Dr. Tan Chong Eng yang selalu menggalakkan dan memberi motivasi kepada saya.

Berucap selepas menerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen Unimas Ke-22. (FOTO: UNIMAS)

Berucap selepas menerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen Unimas Ke-22. (FOTO: UNIMAS)

“Mereka sanggup mendengar dan selalu memberi nasihat yang sangat berharga kepada saya. Jadi saya tidak pernah berasa lelah di sepanjang kehidupan saya di universiti.

“Dengan semua ini, saya selalu melakukan yang terbaik dan buktikan kepada mereka bahawa saya adalah yang terbaik kerana saya percaya ini adalah hadiah terbaik untuk mereka sebagai tanda terima kasih,” ucapnya lagi.

Sikap belajar yang positif

Dengan pencapaian yang sangat cemerlang, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia Regine sehingga berjaya mendapatkan keputusan sebegitu rupa. Menurutnya, sikap belajar yang positif dan kesungguhan yang kuat adalah dua faktor yang penting untuk belajar baginya.

“Sikap belajar yang positif adalah seperti, tidak ponteng kelas kerana kadang-kadang ilmu yang diperoleh di dalam kelas lebih penting berbanding dengan hanya membaca nota. Ia lebih mudah bagi saya untuk memahami nota jika saya hadir ke kelas.

“Saya juga memberi perhatian yang lebih untuk mendengar dan mengulang kaji nota-nota tersebut sebelum kelas yang seterusnya. Selain itu, jangan teragak-agak untuk bertanyakan soalan kepada lecturer dan rakan-rakan.

“Saya meluangkan masa selama 6 jam sehari untuk belajar. Ia satu proses yang berterusan, jadi kesungguhan yang kuat itu perlu ada.

“Bagi saya, saya mengorbankan hampir kesemua masa saya untuk berhibur dengan mengulang kaji. Tiga tahun pertama saya telah dihabiskan dengan belajar.

“Namun, semasa semester terakhir, saya telah menerima cabaran yang baru iaitu Huawei Seeds For The Future Programme. Saya sedar, jika saya boleh uruskan masa saya dengan baik, saya boleh mengawal bidang akademik dan kurikulum saya dengan baik juga,” kata pelajar cemerlang ini lagi.

Regine (kanan), antara 10 pemenang yang terpilih bagi program Huawei Seeds of The Future.

Regine (kanan), antara 10 pemenang yang terpilih bagi program Huawei Seeds of The Future.

Menurut Regine, program anjuran Huawei tersebut telah membantu meningkatkan keyakinan diri dan skil sosialnya dan dia berasa sangat dihargai apabila terpilih sebagai salah seorang daripada 10 pemenang yang dapat menyertai lawatan sambil belajar ke China.

“Program ini telah membuatkan kehidupan di universiti saya lebih bermakna dan menjadi kenangan yang indah,” katanya dengan rasa syukur.

Cadang sambung belajar

Regine turut mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan, para pensyarah, teman lelaki dan seniornya yang sering mendukung dan memberi semangat kepadanya sepanjang masa.

Regine ketika menerima  sijil daripada Menteri Pelajaran, Dr. Maszlee Malik.

Regine ketika menerima sijil daripada Menteri Pelajaran, Dr. Maszlee Malik.

“Saya akan bekerja dengan lebih keras supaya diri saya menjadi lebih bagus dan membuatkan semua orang berasa bangga dengan saya.

“Terima kasih Unimas kerana telah memberikan memori yang menakjubkan semasa saya di universiti. Saya telah banyak belajar dalam empat tahun ini. Terima kasih juga kepada Huawei Seeds of The Future yang telah membenarkan saya untuk melihat, belajar dan meneroka dengan lebih semasa lawatan saya ke China," ucapnya yang kini telah bekerja untuk mendapatkan lebih pengalaman praktikal dan meneroka sesuatu yang baharu sebelum bercadang melanjutkan pelajarannya dalam masa setahun lagi.

Sumber: https://kampusuols.com/article/423215/U-In-News/ISU/Dapat-400-flat-selama-6-semester!-Biar-betul-graduan-Unimas-ni-minum-air-rebusan-buku-ke 

 
Attachment(s):
 
 
Demo