Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS CONFEST FIT CHALLENGE
Tuesday 06 November 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 827
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DSC_0534 ok sik.jpg
UNIMAS CONFEST FIT CHALLENGE

 

Tarikh    : 4 November 2018
Tempat  : Stadium UNIMAS
Hari       : Ahad
Masa     : 8 pagi hingga 12 tengahari

 

Pada 4 November 2018 yang lalu, Pusat Sukan UNIMAS telah menganjurkan Pertandingan UNIMAS Fit Challenge bersempena dengan Pesta Konvokesyen UNIMAS di Stadium UNIMAS...

Terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Individu Lelaki, Kategori Individu Wanita, Kategori Berpasukan Lelaki dan Kategori Berpasukan Wanita...

Bagi Kategori Individu Lelaki, Randy Bin Christopher berjaya menewaskan peserta-peserta lain dengan catatan masa dua minit dua puluh lapan saat. Tempat kedua dimenangi oleh Mohd. Safazzuan Sazuki (2 minit 32 saat) dan tempat ketiga dimenangi oleh Mohd. Afif Zulhusmi Alet dengan catatan masa dua minit tiga puluh lapan saat...

Bagi Kategori Individu Wanita pula, tempat pertama dimenangi oleh Chai Shiaw Fung (3.15), tempat kedua Aminur Amira (3.38) dan Siti Norbainun pula mendapat tempat ketiga dengan catatan tiga minit lima puluh empat saat...

Kategori Berpasukan Lelaki menyaksikan penguasaan pasangan Mohd. Afif Zulhusmi Alet dan Rozaimi Bin Rosli yang berjaya mencatatkan masa keseluruhan terpantas iaitu dua minit kosong saat untuk menewaskan dua lagi pasangan di peringkat akhir. Tempat kedua dimenangi oleh pasangan Ahmad Tarmizi Ahmad Sabirin/Mohd. Zahid Haizan dan ketiga dimenangi oleh pasangan Mohd. Arif Zulhilmi Alet/Mohd. Safazzuan Sazuki.

Untuk Kategori Wanita Berpasukan pula menyaksikan pasangan Siti Norbainun dan Aminur Amira menewaskan pasangan Chai Shiaw Yun danChai Shiaw Fung untuk mengungguli kategori tersebut dengan catatan masa dua minit satu saat...

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta yang telah sudi menyertai pertandingan kali ini...Semoga berjumpa lagi di pertandingan pada masa yang akan datang...

 
Attachment(s):
 
 
Demo