Events Calendar

Download as iCal file
Kontinjen UiTM Cawangan Sarawak Juarai Edisi Sulung Kejohanan Sukan IPT Sarawak 2018
From Monday 22 October 2018 -  08:00am
To Friday 26 October 2018 - 05:00pm
Hits : 1104
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Uitm Juara Keseluruhan .jpg

Universiti Malaysia Sarawak, 21 Oktober :

Kontinjen UiTM Cawangan Sarawak telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan IPT Sarawak 2018 yang telah berlangsung pada 19-21 Oktober 2018 bertempat di Komplek Sukan, UNIMAS dengan memperolehi 5 emas, 2 perak dan 5 gangsa. Manakala Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen UNIMAS dengan pungutan pingat 4 emas , 3 perak dan 4 gangsa. Tempat Ketiga dimenangi oleh Kontinjen Politeknik Kuching dengan memperolehi 2 emas, 2 perak dan 5 gangsa. Sebanyak 19 kontinjen IPT Sarawak telah menyertai kejohanan ini dalam 6 sukan yang dipertandingkan iaitu sukan futsal lelaki, futsal wanita, badmiton lelaki, badminton wanita, ping pong lelaki , ping pog wanita, bola jaring, sepak takraw dan ragbi wanita. Penganjuran kejohanan yang julung kali diadakan ini telah mendapat maklumbalas yang positif dalam kalangan atlet dan kontinjen yang bertanding. Mereka mengharapkan kejohanan ini akan diteruskan pada masa yang akan datang yang mampu mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan atlet dan pegawai.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Prof Madya Dr Azhaili bin Baharun , Pengarah Pusat Sukan UNIMAS mewakili YBhg Professor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS.

 

Disediakan Oleh:

Unit Latihan & Media

Pusat Sukan UNIMAS

 
Attachment(s):
 
 
Demo