Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS CATAT SEJARAH UNIVERSITI TERBAIK DUNIA
Friday 28 September 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3588
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2018-09-27 at 13.24.04.jpeg

Kota Samarahan, 27 September 2018 :Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mencatat sejarah apabila buat julung-julung kalinya disenaraikan di dalam Times Higher Education (World University Ranking) 2019 sejak dari penubuhan UNIMAS pada tahun 1992. Ini adalah Pencapaian yang begitu signifikan sempena sambutan 25 tahun UNIMAS.

UNIMAS telah dinobat antara 1001 universiti terbaik diperingkat antarabangsa dan mengungguli kedudukan 11 universiti terbaik di Malaysia. Ini juga menjadikannya sebagai universiti pertama yang disenaraikan di dalam THE World University Ranking dirantau Borneo. Selain UNIMAS, universiti lain yang tersenarai adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga nasional (UNITEN), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

THE World University Ranking 2019 melihat kepada lima komponen utama bagi menilai kedudukan pencapaian setiap universiti iaitu; Pengajaran, Penyelidikan, Sitasi, Pengantarabangsaan dan Pendapatan hasil daripada kolaborasi Industri. UNIMAS telah mencapai skor tertinggi di dalam kriteria Pengantarabangsaan yang memberi petunjuk bahawa UNIMAS semakin diiktiraf dan dikenali pada peringkat global.

Pencapaian ini sekali lagi menunjukkan bahawa UNIMAS telah mencapai standard yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa dalam Pengajaran, Penyelidikan, Sitasi, Pengantarabangsaan dan Pendapatan hasil daripada kolaborasi Industri. UNIMAS ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. Pencapaian ini adalah hasil usaha serta kerja keras semua pihak yang terdiri daripada golongan akademik, pelajar, pentadbiran, pemegang taruh, rakan industri dan media.

TEGUH BERSAMA

 

UNIMAS WORLD RANKING

 
Attachment(s):
 
 
Demo