Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS komited bantu pelajar kuasai STEM
From Saturday 04 August 2018
To Monday 06 August 2018
Hits : 1616
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
STEMbako4.jpg

 

STEM1KOSTEMbako2

STEMbako3 STEMbako5

 

 

KOTA SAMARAHAN, 4 Ogos 2018: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan terus memperkasakan usaha membantu kerajaan untuk meningkatkan penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

“UNIMAS telah diberikan tanggungjawab besar oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengendalikan projek-projek berkaitan ‘STEM Education Lab’ dan program ini adalah salah satu darinya”, kata Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi pada perasmian Projek Jalinan Komuniti: STEM UNIMAS ke SK Bako, pagi tadi.

Menurut Naib Canselor, pembelajaran STEM yang holistik di peringkat sekolah perlu dirancang dan dilaksanakan sebaik mungkin bagi mendapatkan hasil yang berkesan, seterusnya menyaksikan peningkatan jumlah peratusan pelajar sekolah yang memilih aliran sains di sekolah mengengah dan kemudian memilih jurusan yang berasaskan STEM semasa di universiti.

Justeru itu, katanya, UNIMAS akan terus gigih memberi komitmen secara berterusan terhadap usaha-usaha membawa perubahan nyata kepada komuniti dan memberi impetus yang lebih bagi membawa libatsama komuniti ke satu tahap yang boleh dibanggakan.

Beliau turut berharap melalui tersebut dapat meningkatan inisiatif dan memupuk minat para pelajar terhadap bidang Sains, STEM.

Ini kerana, penguasaan bidang STEM kini menjadi fokus utama dalam usaha Sarawak melangkah ke dalam struktur ekonomi yang berasaskan perindustrian berteknologi tinggi dan ekonomi digital.

Dalam majlis penyerahan tersebut, sebanyak lima buah komputer dan 10 ‘ STEM learning Tools’ telah diserahkan kepada SK Bako, pihak UNIMAS dengan anggaran kos RM30 ribu.

Peralatan-peralatan pembelajaran tersebut bersifat interaktif dan pembelajaran berasaskan projek dan pelajar dapat mempelajari pengetahuan asas STEM serta meransangkan pemikiran para pelajar untuk menjadi kreatif dan kritikal dalam menyelesaikan masalah kompleks.

Selain itu, penyerahan komputer kepada pihak sekolah adalah diharapkan dapat membantu meningkatkan para pelajar yang cilik IT beserta dapat memberi pendedahan kepada dunia digital kepada pelajar dari peringkat awal lagi.

Penyerahan STEM Learning Tools dan Komputer oleh UNIMAS disempurnakan oleh Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi kepada Guru Besar SK Bako, Cikgu Awang Majri Awang Rosli.

Artikel : Sarena Haidir

Foto: Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo