Events Calendar

Download as iCal file
Kutipan Endowmen dan Wakaf UNIMAS melebihi RM2 juta
Friday 03 August 2018
Hits : 1805
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
amal_60_20180802_TYCO4755.jpg

Kota Samarahan, 3 Ogos 2018 - Sebanyak RM 2,794,518.15 sumbangan telah berjaya dikumpul oleh Bahagian Endowmen dan Wakaf UNIMAS pada majlis makan malam amal UNIMAS & Friends bertempat di DeTAR Putra, UNIMAS malam tadi.

Di samping itu, Tabung Baitulmal Sarawak turut menyumbangkan RM2,150,600.00 kepada tabung pelajar UNIMAS yang telah disampaikan oleh Encik Bolhassan Iskandar Taibi, Timbalan Pengurus Besar Tabung Baitumal Sarawak kepada wakil pelajar, Nurul Nabilah Binti Abdul Rahim.

Menyaksikan penyerahan sumbangan tersebut ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga telah menyumbangkan RM 200,000.00 kepada UNIMAS.

Dalam majlis yang sama, Kerajaan Negeri Sarawak turut menyumbangkan wakaf tanah sebanyak 300 hektar kepada UNIMAS.

Turut hadir sama ialah YBhg Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang, Pro Canselor UNIMAS, YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS (LPU), ahli-ahli LPU, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pengarah-pengarah, Dekan-dekan, wakil-wakil penaja, pegawai kerajaan negeri dan swasta.

Turut diadakan ialah penyampaian Anugerah Filantropi UNIMAS seperti berikut:

1)    Kategori Sektor Swasta – Bank Islam Malaysia Berhad

2)    Kategori Sektor Awam – Sarawak State Government

3)    Kategori Individu (Pengurusan dan Profesional) – Profesor Dr Kamarudin Kana (Pensyarah Kanan / Timbalan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan)

4)    Kategori Individu (Pelaksana) – Mubin Syahir bin Mohtada (Staf bukan akademik)

5)    Kategori Rakan Kampus – J&J Trading Services Sdn Bhd

Majlis makan malam amal ini diserikan dengan persembahan mantap daripada penyanyi tersohor negara iaitu Dayang Nurfaizah dan Bob AF. Alexander Chelum yang merupakan pensyarah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif serta artis budaya UNIMAS turut menyumbangkan suara pada majlis tersebut.

Dalam pada itu UNIMAS turut mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang sumbangan endowmen dan wakaf.

amal 41 20180802 TYCO4613

amal 58 20180802 TYCO4736

 

Artikel disediakan oleh: Archristina dan Sarena

Fotografi oleh: Azlandy

 
Attachment(s):
 
 
Demo