Events Calendar

Download as iCal file
Endowmen dan wakaf, formula ubah pola hidup masyarakat yang memerlukan
From Thursday 02 August 2018 -  08:00am
To Friday 03 August 2018 - 05:00pm
Hits : 1930
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
wakaf1.jpg

wakaf2wakaf3

wakaf4Wakaf5

KOTA SAMARAHAN, 2 Ogos 2018 : Penubuhan Bahagian Endowmen dan Wakaf UNIMAS dilihat bertepatan dengan insiatif UNIMAS untuk memanfaatkan projek pembangunan Universiti dan membuka jalan kepada warga kampus melakukan amal jariah kepada golongan dan pelajar yang memerlukan.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, UNIMAS telah dilantik sebagai wakil Majlis Islam Sarawak awal tahun ini untuk menganjurkan kutipan dana wakaf.

Katanya, tiga projek pembangunan di Universiti ini iaitu wakaf pembangunan Masjid Kampus Timur yang berjumlah RM2 juta, wakaf pembangunan Pusat Dewan Peperiksaan (RM5 juta) dan wakaf pembinaan bangunan Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat (RM12 juta).

“ UNIMAS turut mewujudkan lima tabung endowmen untuk membantu mereka yang memerlukan iaitu tabung biasiswa, tabung kebajikan pelajar, tabung akademik dan penyelidikan, tabung pembangunan dan tabung alumni.

“ UNIMAS yakin semua usaha murni ini lebih bermakna apabila berganding bahu dan bekerjasama dengan orang awam dalam membantu kebajikan masyarakat yang miskin namun berpotensi digilap pada masa kini untuk mengubah keadaan hidup keluarga mereka kepada yang lebih baik di masa hadapan,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian Forum Wakaf UNIMAS 2018, di Arena Gemilang, DeTAR Putra, UNIMAS pagi tadi.

Naib Canselor dalam ucapan turut meminta semua pihak supaya saling bekerjasama dan menghulurkan derma amal jariah demi membantu masyarakat yang memerlukan.

“ Sesungguhnya bantuan dalam bentuk menyediakan landasan untuk membina kejayaan dalam jangka panjang adalah merupakan formula yang lebih berimpak tinggi dalam mengubah pola hidup masyarakat ke arah yang lebih baik dan maju,” katanya.

Sementara itu, forum wakaf UNIMAS 2018 memperdengarkan ucaptama bertajuk ‘Ke arah memperkasa budaya wakaf di Universiti’ oleh Pemangku Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi Awqaf Holdings Berhad, Tuan Haji Mohammad Sahar Mat Din.

Majlis tersebut turut dipanjangkan dengan forum wakaf 2018 bersama ahli-ahli panel yang terdiri daripada Tuan Haji Mohammad Sahar Mat Din, Dato’ Haji Mohd Johnny Abdullah dan Puan Norjanah Ahmad manakala moderator adalah Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Hadir sama dalam forum tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Datuk Seri Panglima Matjeraie.

 
Attachment(s):
 
 
Demo