Events Calendar

Download as iCal file
Pasukan UNIMAS raih pingat perak
Wednesday 25 July 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2649
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MASUM2.jpg

KOTA SAMARAHAN, 22 Julai 2018 : Pasukan Bola Keranjang Lelaki 3 vs 3 UNIMAS telah berjaya meraih pingat Perak dalam Karnival Sukan MASUM Fasa 1, 2018 yang diadakan pada 15 sehingga 21 Julai lepas bertempat di Universiti Malaysia Kelantan.

Pasukan bola keranjang lelaki UNIMAS terpaksa akur dengan kekalahan di tangan pasukan bola keranjang USM dengan agregat 20-12 di peringkat akhir pertandingan.

Sebelum itu, pasukan UNIMAS telah mengalahkan pasukan UITHM dengan keputusan UNIMAS (14) dan UTHM (7) dan seterusnya menundukkan Pasukan UiTM dengan agregat UNIMAS 12-10 di peringkat separuh akhir.

Pasukan Bola Keranjang UNIMAS terdiri daripada tiga pelajar dari Fakulti Kejuruteraan (FK) iaitu Amirul  Sufrie Abu, Muhammad Afifi bin Tahar dan Muhammad Azlan bin Baihaki dan seorang pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia (FSKPM) iaitu Liew Chun Sion  dan pasukan diiringi oleh Pegawai Belia dan Sukan UNIMAS, Encik Ealfy Ak Gragggory Dullie.

 
Attachment(s):
 
 
Demo