Events Calendar

Download as iCal file
PASUKAN OLAHRAGA SARAWAK RAIH 2 PERAK DAN 4 GANGSA DI KEJOHANAN OLAHRAGA MAKSAK KEBANGSAAN 2018
From Wednesday 11 July 2018 -  08:00am
To Friday 10 August 2018 - 05:00pm
Hits : 1439
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Untitled 1

 

Kuantan, Pahang : Pasukan Olahraga Sarawak telah berjaya meraih 2 Perak dan 4 Gangsa di Kejohanan Olahraga MAKSAK Kebangsaan 2018 yang telah berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 5-8 Julai 2018 . Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Pasukan Olahraga Sarawak di mana En. Zambari Hj Baijuri (Timbalan Pengarah, Pusat Sukan) selaku Pengurus Pasukan Olahraga Sarawak bersama 14 orang atlet telah menyahut cabaran di kejohanan peringkat kebangsaan tersebut. Seramai 8 orang daripada atlet Pasukan Olahraga MAKSAK Sarawak adalah staf UNIMAS. Berikut adalah senarai atlet dan acara yang dimenangi : 

1. Perak : Fauzi bin Abu (Lompat Jauh Lelaki Junior Veteran) 

2. Perak : Chai Siaw Fung (2000m Lari Berhalangan Wanita)

3. Gangsa : Zamaludin Karim (UNIMAS) (100m Lelaki Senior Veteran)

4. Gangsa : Fauzi bin Abu (Lompat Tinggi Lelaki Junior Veteran)

5. Gangsa : Lau Sie Long (Merejam Lembing Lelaki)

6. Gangsa : 4x100m Lelaki (Mohd Hafizzul bin Abdul Rajak (UNIMAS), Mohd Hafizin bin Hj Mahmood (UNIMAS), Mohd Afif Zulhusmi bin Alet (UNIMAS) dan Mohd Safazzuan bin Sazuki)

Pencapaian tahun ini agak cemerlang berbanding tahun 2017 di mana Pasukan Olahraga Sarawak telah memperolehi 2 Perak dan 2 Gangsa. Semoga Pasukan Olahraga Sarawak akan memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang pada kejohanan yang akan datang 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo