Events Calendar

Download as iCal file
Program Jejaki pelajar B40 di lima zon Sarawak
Thursday 28 June 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2541
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
b401.jpg

KOTA SAMARAHAN, 28 Jun 2018 : Dua puluh lebih petugas terdiri dari kakitangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah memulakan perjalanan mereka untuk menjejaki pelajar cemerlang dari golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di lima buah zon di Sarawak, bermula hari ini.

Pelepasan program Jejak B40” Mengubah Masa Depan Anak Bangsa” 2018/2019 itu telah dirasmikan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi di perkarangan Dataran Canselori, pagi tadi.

Dalam ucapan ringkas, Naib Canselor mengucapkan syabas dan penghargaan beliau kepada para petugas program yang bekerjasama dengan baik dalam membantu Universiti menjejaki pelajar cemerlang dari golongan B40.

“ Program ini atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat kepada negeri khasnya dan negara amnya.

“ Ia merupakan satu usaha murni yang bukan sahaja membantu Universiti tetapi juga membantu dalam pembangunan masyarakat terutama kepada generasi muda kita, “ sambungnya.

Sementara itu, program Jejak B40” Mengubah Masa Depan Anak Bangsa” 2018/2019 dilakukan di lima buah zon iaitu Zon 1 di Kuching-Samarahan-Bau-Lundu-Sematan, Zon 2 (Sri Aman-Betong), Zon 3 (Kapit), Zon 4 ( Miri-Limbang-Lawas) dan Zon 5 ( Sibu-Mukah-Bintulu).

 

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo