Events Calendar

Download as iCal file
Butik Kasih kongsi kegembiraan untuk golongan memerlukan
From Thursday 07 June 2018 -  08:00am
To Friday 08 June 2018 - 05:00pm
Hits : 1510
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
butik1.jpg

butik2butik3

Kota Samarahan, 7 Jun 2018: Butik Kasih yang dibuka secara rasmi merupakan inisiatif Bahagian Endowmen dan Wakaf, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk berkongsi kegembiraan bersama golongan yang memerlukan.

Perasmian butik telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Khidmat Maklumat Akademik, UNIMAS Puan Korina Ibrahim, kelmarin.

Seramai lebih 300 terdiri dari pekerja pembersihan dalam kampus, masyarakat kampung berdekatan dan pelajar telah dijemput ke butik ini untuk memilih sendiri barang berupa pakaian lelaki dan wanita dan kanak-kanak, kasut, beg, set cawan, aksesori dan banyak lagi untuk diri dan keluarga mereka masing-masing.

Butik Kasih ini bertujuan untuk memupuk budaya prihatin dan saling membantu serta menghargai pihak yang kurang berkemampuan dengan mengedarkan pakaian serta keperluan peribadi secara percuma.

Sebagai permulaan, projek Butik Kasih ini memfokuskan kepada pakaian dan keperluan untuk sambutan perayaan dan sebanyak lebih 700 koleksi terpilih sumbangan warga kampus telah diedarkan kepada semua kumpulan penerima awal terawak dan ini tidak termasuk timbunan stok tambahan yang masih ada.

Dalam masa yang sama, kempen derma ikhlas dan promosi Endowmen dan Wakaf di kaunter pejabat juga akan dilaksanakan secara serentak. 

Antara projek lain yang menyusul akan mengkhususkan kepada keperluan lain-lain seperti makanan, kelengkapan sekolah, program kesihatan dan sebagainya.

Di samping bagi tujuan kebajikan, usaha Butik Kasih ini juga merupakan inisiatif penjenamaan untuk mendekatkan warga kampus dan masyarakat sekitar dengan Bahagian Endowmen dan Wakaf, UNIMAS bagi membina dan mengukuhkan keyakinan umum bahawa Bahagian Endowmen dan Wakaf UNIMAS sentiasa komited untuk membantu pelajar khususnya, warga kampus dan pihak-pihak yang memerlukan.

Dengan kata lain, bagi meyakinkan warga umum bahawa Bahagian Endowmen dan Wakaf bukan sahaja menerima tetapi aktif memberi bantuan dalam kaedah yang berhemah. 

 
Attachment(s):
 
 
Demo