Events Calendar

Download as iCal file
1,000 bungkus bubur lambuk diagih kepada warga UNIMAS
Wednesday 06 June 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1548
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
bubur1.jpg

bubur2

KOTA SAMARAHAN, 6 Jun 2018 : Satu ribu bungkus bubur lambuk diagih-agihkan kepada warga UNIMAS, di hadapan bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), kelmarin.

Pengagihan bubur lambuk tersebut merupakan aktiviti tahunan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) melibatkan sembilan belas Pusat dan Unit di bawah naungan HEP.

Bubur lambuk dimasak secara bergotong royong oleh kakitangan HEP seawal jam 8.00 pagi bertempat di Laman Nona Aras LG, Bangunan HEPA.

Merasmikan pengagihan bubur lambuk tersebut ialah Timbalan Naib Canselor HEPA, Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman yang turut disertai oleh Dekan Pusat Pembangunan Pelajar, Profesor Siti Raudzah Ghazali, Pengarah Pejabat Canselori dan Hubungan Antarabangsa (UNIMAS Global), Haji Azlan Ramli, Pengarah Pusat Sukan UNIMAS, Profesor Madya Dr Azhaili Baharun, Dekan-dekan dan Ketua-ketua PTJ UNIMAS.

Dalam ucapan ringkas, Profesor Mohd Fadzil berkata aktiviti tersebut dapat mengalakkan semangat gotong-royong dalam kalangan warga UNIMAS sekaligus mengalakkan amalan bersedekah.

Beliau berkata, ia dapat mengimarahkan bulan Ramadan dan mengeratkan ukhuwah warga UNIMAS,

justeru, aktiviti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

Dalam majlis itu, turut diadakan pertandingan mencipta kad raya yang dimenangi oleh Pusat Kesihatan UNIMAS, diikuti tempat kedua oleh Kolej Kenanga dan tempat ketiga, Pusat Pembangunan Pelajar.

 
Attachment(s):
 
 
Demo