Events Calendar

Download as iCal file
IMARAH RAMADHAN, MASNITA PRIHATIN
Monday 04 June 2018, 08:00am
Hits : 1148
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
masnita_28.jpg

2 Jun 2018 – Pada Ramadhan 2018, seramai 31 orang anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan dari sekitar Kuching telah menerima sumbangan sebanyak RM4,500.00 daripada Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) untuk keperluan membeli pakaian sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Program ini telah dihadiri oleh YBhg Datin Kartini Ahmad, Yang Dipertua MASNITA dan YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suadi, Naib Canselor UNIMAS serta diiringi oleh AJK MASNITA lain.

Program yang diadakan bertempat di Mydin Petra Jaya turut juga dihadiri oleh Encik Sutaghani Bin Ahmad Zaidoll, Area Mall Manager Sarawak (Mydin). Pihak Mydin juga telah membuat agihan bubur lambuk kepada anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan dan juga peserta AJK MASNITA.

Program sumbangan seumpama ini adalah sebagai tanda keprihatinan MASNITA terhadap mereka yang kurang bernasib baik dengan harapan kewujudan MASNITA khususnya dan UNIMAS khasnya dapat dirasai oleh masyarakat setempat.

 

WhatsApp Image 2018 06 04 at 12.05.21

 
Attachment(s):
 
 
Demo