Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Apresiasi Keluarga Angkat Kampung Muara Tuang
Wednesday 16 May 2018
Hits : 1490
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Majlis Apresiasi Kampung Mauara Tuang (1).jpg

ewan PITAS, UNIMAS: 13 Mei 2018 - Majlis Apresiasi Keluarga Angkat Kampung Muara Tuang telah diadakan dengan jayanya di Dewan Pusat Islam, Tun Abang Salahuddin pada minggu terakhir bulan Syaaban sebelum seluruh umat Islam di dunia menyambut kehadiran Ramadhan pada minggu seterusnya.

Untuk makluman, majlis ini diadakan sebagai tanda terima kasih daripada Jabatan Perubatan Komuniti dan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS kepada penduduk-penduduk Kampung Muara Tuang di atas kesudian menerima pelajar-pelajar perubatan tahun 1 sebagai anak angkat. Seramai 32 buah keluarga angkat telah terlibat dalam program ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Penghulu Kampung Muara Tuang, Tuan Haji Suut bin Man di atas komitmen dan kerjasama yang telah dihulurkan sepanjang program berlangsung.

Dalam Majlis Apresiasi ini, pelajar-pelajar tahun 2 telah membuat satu kejutan kepada seluruh wanita yang bergelar “Ibu” dalam dewan tersebut dengan memberi sekuntum bunga kepada setiap ibu angkat bersempena Sambutan Hari ibu. Sejurus berakhirnya majlis apresiasi, seluruh keluarga angkat dibawa melawat ke Museum Anatomi dan Patalogi di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.  

Bermula bulan Februari 2017 sehinggalah 13 Mei 2018, pelbagai program berkaitan Kesihatan telah diadakan untuk penduduk-penduduk Kampung Muara Tuang seperti Saringan Pemeriksaan Kesihatan, Projek Komuniti, Saringan Mata dan Ceramah Kesihatan.

Dengan berakhirnya program ini di Kampung Muara Tuang, Kampung Tanjong Bako merupakan destinasi seterusnya bagi Program Anak Angkat Pelajar Perubatan Tahun 1, sesi 2017/2018.

 

Majlis Apresiasi Kampung Mauara Tuang 2

Majlis Apresiasi Kampung Mauara Tuang 3

Majlis Apresiasi Kampung Mauara Tuang 4

Majlis Apresiasi Kampung Mauara Tuang 5

 

 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo