Events Calendar

Download as iCal file
WACANA ILMU BERSAMA DR. A.S. HARDY BIN SHAFII “MEMARTABATKAN SENI WARISAN: MAK YONG”
Tuesday 22 May 2018, 09:00am
Hits : 1020
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Seminar_D&T_2018.jpg

Para pelajar tahun 3, Program Drama dan Teater (WA06) daripada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif akan menganjurkan satu sesi wacana ilmu “Memartabatkan Seni Warisan Mak Yong”. Penganjuran seminar ini bertujuan untuk memenuhi syarat kursus teras program, GKD 3154 Seminar Drama dan Teater yang diselia oleh Puan Nur Qasdina Jeeta Binti Abdullah dan Puan Syarafina Binti Abdullah.

Penceramah jemputan bagi wacana ilmu ini ialah Dr. A.S. Hardy Bin Shafii, Dekan Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.  Beliau merupakan pakar dalam teater tradisional dan Mak Yong, bidang pengarahan dan lakonan serta pengurusan teater. Pengalaman dan hasil penyelidikan beliau dalam seni persembahan Mak Yong telah mendorong kami untuk mengadakan satu sesi perkongsian ilmu dengan para pelajar.

Penganjuran wacana ilmu ini merupakan satu platform bagi para pelajar Program Drama dan Teater untuk merancang dan melaksanakan sebuah program yang berbentuk seminar. Menerusi proses ini, para pelajar dilatih untuk berfikir secara kritis dan mampu berdiskusi secara ilmiah di sepanjang perlaksanaan program.

Para peserta yang menyertai wacana ilmu ini akan mendapat peluang untuk mengenali dengan lebih dekat seni persembahan Mak Yong. Sebagai rakyat Malaysia, golongan muda harus diberi pendedahan mengenai pentingnya dalam memelihara khazanah seni persembahan Mak Yong. Selain itu, secara tidak langsung ia akan menarik perhatian golongan muda untuk sama-sama melibatkan diri dalam seni persembahan Mak Yong.

Wacana ilmu bersama Dr. A.S. Hardy Shafii akan diadakan di Panggung Eksperimen, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak pada 22 Mei 2018, jam 9.00 pagi. Untuk makluman semua, wacana ilmu ini dianjurkan secara percuma. Sebarang pertanyaan  sila hubungi 016-8972068 (Kong) dan 012-2421147 (Sheeda).

 
Attachment(s):
 
 
Demo