Events Calendar

Download as iCal file
TAWARAN BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN (BSP) BAGI TAHUN 2018
From Tuesday 08 May 2018 -  08:00am
To Monday 21 May 2018 - 05:00pm
Hits : 1362
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membuka tawaran Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) bagi tahun 2018. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di https://spsb.kbs.gov.my mulai 22 April 2018 hingga 20 Mei 2018.
 
3.         Sehubungan itu, pihak KBS memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan agar dapat membuat hebahan berkenaan penawaran BSP tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan iklan hebahan untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan.
 
4.         Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman web KBS di www.kbs.gov.my atau hubungi pihak urus setia di talian 03-8871 3551/3558. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara ini amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menurut perintah,
 
         
(NUR AMIRA BINTI ISHAK)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Belia dan Sukan
Tel      : 03 - 8871 3551
Faks   : 03 - 8888 8772
Email  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
 
 
 
 
Attachment(s):
 
 
Demo