Events Calendar

Download as iCal file
PELAWAAN MENGISI JAWATAN GRED 41 DI BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
From Friday 27 April 2018 -  08:00am
To Wednesday 02 May 2018 - 05:00pm
Hits : 1376
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Assallammualaikum wbt & salam sejahtera,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi  ingin mempelawa pegawai yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Penolong Setiausaha Gred 41/44 di Bahagian Sukan secara pinjaman bagi tempoh selama 2 tahun. Syarat permohonan adalah seperti berikut : 

 

  1. Berada di jawatan TETAP di Universiti Awam
  2. Menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tempoh 3 tahun terakhir 2017
  3. Menunjukkan minat yang mendalam kepada pembangunan sukan di IPT
  4. Mendapat pelepasan dengan izin  dari Ketua Jabatan
 
Sehubungan dengan itu, calon yang berminat boleh membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan CV kepada Bahagian ini sebelum 30 April 2018 

Sekian, terima ksih
 
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
TONY AZMAN BIN HASSAN 
Bahagian Sukan 
b/p Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Tinggi 
 
Alamat Surat-Menyurat:
 
Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Tinggi 
Aras 2, No. 2 , Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
MALAYSIA
Tel     : 03-8870641
Faks   : 03-88706824
Portal: www.mohe.gov.my
 
Attachment(s):
 
 
Demo